awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2021
15:18 MYT
Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh 'total lockdown'. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan penjualan arak di kedai runcit seperti 7-Eleven ketika tempoh total lockdown dibenarkan sekiranya mempunyai lesen.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid dalam satu kenyataan malam ini berkata, hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh total lockdown bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
"Premis atau syarikat perniagaan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai perlu atau ‘essentials’ seperti makanan dan minuman dibenarkan beroperasi di bawah senarai perkhidmatan perlu (essential service).
"Ini termasuklah pasar raya, pasar mini dan kedai serbaneka. Sebahagian premis ini turut mempunyai lesen dan seksyen khas untuk menjual minuman keras," katanya.
Tambahnya, peraturan itu juga terpakai kepada rokok yang dijual dalam premis yang disenaraikan di bawah kategori perlu, tertakluk kepada peraturan penjualan seperti yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, timbul kekeliruan dalam kalangan pengguna apabila rokok yang tidak dikategorikan sebagai barangan perlu, boleh dijual dalam tempoh total lockdown.
Sementara itu, melalui satu hantaran di Facebook, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau turut menyedari isu kekeliruan penjualan arak membabitkan pasar raya dan kedai serbaneka serta kedai khusus menjual arak, yang menimbulkan kekecohan di media sosial.
Alexander yang sedang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan mata hari ini, berkata kementerian itu menyokong keputusan yang telah ditetapkan oleh MKN dan akan memastikan SOP dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.
“Saya memohon kepada semua pihak agar tidak mensensasikan isu ini dan bersama-sama kementerian dan kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia untuk memerangi COVID-19," katanya.
Beliau berkata, KPDNHEP komited untuk sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada masyarakat berhubung sebarang isu berkaitan kementerian berkenaan.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#perkhidmatan perlu
#rokok
#minuman keras
#KPDNHEP
#arak
#total lockdown
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan