KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainudin akan kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Pas dan Gerakan Reset membuat keputusan itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.
"Kita mendapat suara daripada ahli-ahli Parlimen, bukan Pas sahaja. Maka, Pas membuat keputusan bersetuju meneruskan Datuk Seri Hamzah sebagai Ketua Pembangkang," katanya ketika mengumumkan perkara itu di Konvensyen Reset Malaysia di Kota Harmoni, Tanah Merah pada Sabtu.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden Pas, mengambil alih jawatan Pengerusi PN pada Februari lalu selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan tersebut.
Beliau sebelum ini menggantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pada bulan lepas.