Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai supaya berwaspada dan jangan terlalu mudah mempercayai sebarang laporan berhubung kematian Kim Jong Nam, khususnya tanpa rujukan sumber sahih termasuk laporan berunsur spekulasi oleh media asing.
Beliau berkata laporan seumpama itu hanya membahayakan dan menimbulkan kegusaran awam dalam kalangan rakyat negara ini, selain mungkin boleh mengganggu usaha kerajaan ketika ini bagi menamatkan isu yang telah berlanjutan lebih enam minggu itu.
"Saya mohon kepada orang awam supaya hanya mendengar dan hanya mendapat pengesahan laporan perkembangan Jong-nam oleh agensi berita tempatan sahaja.
"Mereka (media asing) tidak mempunyai 'sense of belonging to the country' kerana itulah mereka boleh melaporkan apa jua isu ini (Jong-nam) yang menimbulkan spekulasi serta tidak boleh dipercayai," katanya.
Khalid berkata demikian ketika ditemui Bernama bersempena penutupan latihan keselamatan kebakaran peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Khalid berkata pihak berkuasa sebenarnya bimbang laporan yang tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan perancangan termasuk proses rundingan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Korea Utara yang sedang berlangsung.
"Saya tidak akan beri sebarang kenyataan berhubung Jong Nam dan media diminta tunggu untuk makluman perkembangan isu ini yang akan diberi tidak lama lagi.
"Ini kerana proses rundingan yang dibuat kerajaan melibatkan nyawa rakyat kita di sana (Korea Utara) maka apa jua laporan isu ini amat sensitif," katanya.
Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas oleh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik.
Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia terjejas berikutan beberapa kenyataan yang diberi bekas Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.
Pada 4 Mac lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai 'persona non grata' atau orang yang tidak dialu-alukan selepas beliau gagal hadir apabila dipanggil oleh Wisma Putra. Kang Chol meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas.
Korea Utara kemudian bertindak balas apabila pada 8 Mac lepas, Pyongyang mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.
Pada masa ini terdapat tiga diplomat dan enam anggota keluarga rakyat Malaysia masih berada di Pyongyang dan terkesan dengan arahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai supaya berwaspada dan jangan terlalu mudah mempercayai sebarang laporan berhubung kematian Kim Jong Nam.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza
Kematian melibatkan pesakit berusia 50 tahun ke atas yang disahkan menghidap radang paru-paru teruk serta mempunyai pelbagai penyakit.
Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir
Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak bulan lepas menyaksikan empat nyawa telah terkorban akibat bencana itu.
Bekas pemain dram My Chemical Romance meninggal dunia
Punca kematiannya masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
[LAPOR LANGSUNG] Lubnan berdepan krisis kemanusiaan 'tidak tergambarkan' - Doctors Without Borders
Lebih sejuta orang hilang tempat tinggal akibat pengeboman dan keganasan, termasuk di selatan Lubnan, Lembah Bekaa, dan selatan Beirut.
50 kematian di Lubnan, Palestin angkara Israel dalam tempoh 24 jam
Ratusan orang awam pula cedera dalam serangan di Beirut dan Gaza dalam serangan udara Israel yang tidak berkesudahan.