Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat adalah petunjuk sebenar yang dicari umat Islam selama ini, iaitu Washington berada di bawah telunjuk mahupun jerat Zionis.
“Ini sememangnya membuktikan bahawa Amerika Syarikat benar-benar berada dibawah telunjuk Israel dan tidak dapat lari daripada kongkongan orang Yahudi yang berada di Israel, Eropah atau Amerika,” kata Penganalisis Asia Barat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Kamaruzaman Yusoff.
Katanya, apa yang telah dilakukan Trump ini mengakibatkan semua usaha yang dirintis dilakukan pemimpin Islam dan Barat untuk membentuk penyelesaian, termasuk penyelesaian dua negara di tanah Palestin ranap.
Beliau turut menggesa Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) yang pada asasnya ditubuhkan untuk memperjuangkan isu Palestin perlu bertindak lebih agresif.
“Tidak hanya sekadar mengeluarkan kenyataan tetapi (pertubuhan ini perlu) bersama-sama berusaha meruntuhkan ekonomi Israel," jelasnya.
Beliau berpendapat, Jordan dan Turki adalah negara yang paling layak menerajui usaha itu.
Sementara itu, Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra menyebut pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.
Ia juga satu pencabulan kepada hak orang Islam dan Kristian.
Trump pada awal pagi Khamis (1 pagi waktu Malaysia) mengumumkan pengiktirafan rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Trump begitu angkuh tidak mengendah bantahan masyarakt sivil dunia, sekali gues mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
Astro Awani
Thu Dec 07 2017
Wisma Putra bertegas pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam. - Foto REUTERS/Eliana Aponte/Files
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.