Kes buli di sekolah seluruh negara tahun lalu berkurangan kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 yang dicatat pada 2014, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata penurunan itu hasil pelbagai usaha pencegahan yang dilakukan banyak pihak antaranya sekolah, ibu bapa serta Kementerian Pendidikan sendiri.
"Penurunan itu suatu petanda baik dalam usaha kita memerangi gejala buli di sekolah dan kalau boleh kita mahu sifarkan kes buli di sekolah.
"Bagaimanapun, kementerian belum berpuas hati dan menganggap perkara itu masih serius," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kalumpang di Hulu Bernam dekat sini hari ini.
Selain itu, Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor turut melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan kes buli terbaharu yang menyaksikan seorang pelajar dipaksa menggunting lidah sendiri di Klang, Selangor.
"Saya kecewa, sedih dan amat terkejut sebab tidak pernah dengar tahap sampai sebegitu kes buli dalam kalangan pelajar sekolah," katanya.
Khamis lepas seorang murid tahun dua dikatakan dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli beberapa pelajar tahun tiga di tandas sebuah sekolah di Klang.
Mengulas lanjut, Kamalanthan berkata tindakan sewajarnya ke atas pelajar terbabit dalam kes buli itu hanya akan diambil selepas laporan siasatan polis diperoleh.
"Pelajar yang terlibat harus disemak isu disiplin dan latar belakang mereka selain melihat faktor persekitaran serta pengaruh rakan sebaya sebelum sesuatu tindakan dilakukan," katanya.
Bernama
Sun Mar 27 2016
Pihak kementerian belum berpuas hati tentang insiden kes buli di sekolah dan menganggap perkara itu masih serius. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.
'Saya hanya dimaklumkan tidak wakili ibu bapa Zayn Rayyan dua hari lalu' - Fahmi
Peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memberitahu hanya dimaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu, menerusi kiriman WhatsApp.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.
Op Global: Ibu bapa perlu buktikan pertalian darah bagi tuntut anak-anak - Nancy
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan Op Global perlu mengemukakan bukti pertalian darah bagi menuntut anak-anak mereka.
[KOLUMNIS] Kegagalan murid Tahun 1 kuasai 3M: Punca kuasa yang bermula dari rumah
Penguasaan 3M adalah isu paling utama yang perlu diberikan perhatian sebelum anak melangkah ke Tahun Satu.
Ibu bapa wajib beri pendidikan rendah, gagal boleh dihukum - SUHAKAM
Ibu bapa yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.