HAMPIR satu per tiga daripada spesies pokok di seluruh dunia kini diancam kepupusan, manakala ratusan lagi pada bila-bila masa akan lenyap, menurut laporan yang diterbitkan Konservasi Taman Botanik Antarabangsa (BGCI) pada Rabu, yang dipetik Reuters.
Berdasarkan laporan State of the World's Trees, 17,500 spesies pokok, iaitu kira-kira 30 peratus keseluruhannya sedang dalam risiko kepupusan, manakala 440 spesies lain hanya tinggal kurang daripada 50 setiap satu di habitat semula jadi.
Secara umumnya, bilangan spesies pokok yang terancam adalah dua kali ganda berbanding gabungan spesies mamalia, burung, amfibia dan reptilia yang terancam.
"Laporan ini adalah satu peringatan kepada semua orang di seluruh dunia, bahawa pokok-pokok perlukan perhatian dan bantuan,” ujar Setiausaha Agung BGCI, Paul Smith.
Antara pokok yang paling dalam risiko termasuk magnolia dan dipterocarp – yang lazimnya ditemui di hutan hujan Asia Tenggara. Pokok oak, maple dan ebony (pokok kayu hitam) juga berdepan ancaman.
Pokok-pokok berfungsi menyokong ekosistem semula jadi dan sangat penting untuk menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim. Pupusnya satu spesies pokok berkemungkinan membuatkan banyak spesies lain turut menerima nasib yang sama.
“Setiap pokok sangat penting, untuk jutaan spesies lain yang bergantung pada kewujudannya, dan juga kepada manusia di seluruh dunia,” tambah Smith.
Ribuan jenis pokok di enam negara dengan diversiti pokok tertinggi dunia kini berdepan kemungkinan kepupusan. Jumlah paling besar direkodkan di Brazil, dengan 1,788 spesies dalam ‘bahaya’.
Lima lagi negara adalah Indonesia, Malaysia, China, Colombia dan Venezuela.
Tiga ancaman terbesar yang dihadapi spesies tumbuhan adalah akibat aktiviti pengeluaran pertanian, penebangan pokok balak dan tapak operasi haiwan ternak, sementara faktor perubahan iklim dan cuaca ekstrem kini menjadi ancaman yang semakin meningkat.
Sekurang-kurangnya 180 spesies pokok sedang diancam secara langsung akibat kenaikan paras laut dan cuaca melampau, kata laporan itu, terutamanya spesies yang berada di pulau-pulau, seperti magnolia di Caribbean.
Walaupun negara-negara mega-diversiti mencatatkan jumlah besar bagi jenis pokok yang diancam kepupusan, spesies yang berada di pulau lebih ketara ancamannya.
“Ini sangat membimbangkan kerana banyak pulau mempunyai spesies unik yang tidak ditemui di tempat-tempat lain,” tambah laporan itu.
Agensi
Wed Sep 01 2021
Pokok-pokok berfungsi menyokong ekosistem semula jadi dan sangat penting untuk menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim. - Gambar hiasan
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Remaja ditahan tebang pokok bersejarah di Hadrian's Wall
Pokok tersebut berusia hampir 200 tahun dan terletak bersebelahan Hadrian's Wall yang dibina pada zaman pemerintahan Empayar Rom.
Ibu kucing beranak atas pokok selepas terperangkap
Bunyi ibu kucing didengari penduduk berdekatan bertindak menghubungi Bomba dan Penyelamat untuk menurunkan haiwan itu bersama anaknya.
Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok sehingga 2025
Program Inisiatif Pucuk Hijau UMW menyasarkan 300,000 pokok bakau ditanam di persisir pantai seluruh negara.
Dua maut helikopter terhempas
Pihak polis memaklumkan nahas berlaku berhampiran perkampungan Burton.
Lelaki maut kereta langgar pokok
Siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Gua Musang menghala ke Machang.
Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand
Pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.
Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja
Kedua-dua tertuduh didakwa menanam tumbuhan 102 pokok ganja di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong 21 Mei lalu.
'Beli makanan, dapat pokok percuma' tarikan unik di restoran
Idea tersebut tercetus susulan terdapat lebihan pokok di rumah kalangan ahli ketika tempoh pelaksanaan PKP.
Pokok bunga 'rare' ditemui saintis, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio!
Pokok Bunga 'Rare' Ditemui Saintis Dan Dinamakan Sempena Nama Leonardo DiCaprio!
Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok
Kenderaan yang dinaiki tiga beradik itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar tunggul pokok sebelum terbakar.