awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kiram dakwa ada pangkalan gerila baru di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2013
02:51 MYT
Kiram dakwa ada pangkalan gerila baru di Sabah
Setelah sekian lama cuba mengelak daripada dikesan pihak keselamatan Malaysia, penceroboh Sulu kini dilaporkan telah menubuhkan satu pangkalan gerila baharu jauh di pedalaman Sabah.
Dakwaan itu dibuat oleh Abraham Idjirani, jurucakap yang mewakili Jamalul Kiram III, lelaki yang mendakwa dirinya pewaris kesultanan Sulu.
Idjirani turut mendakwa bahawa tentera dan polis Malaysia telah mengetahui tentang kewujudan pangkalan itu tetapi lokasi sebenar masih tidak dapat dipastikan berikutan kawasan hutan yang tebal.
Menurut laporan Philippines Star, Idrijani mendakwa bahawa kubu baharu itu ditempatkan di lokasi yang strategik dengan sumber makanan dan air yang mencukupi untuk menampung 500 orang anggotanya.
Beliau juga berkata bahawa kewujudan pangkalan itu disahkan oleh Agbimuddin Kiram, ketua kumpulan penceroboh di Sabah.
Walau bagaimanapun, Idjirani memberitahu bahawa anggota bersenjata itu tidak akan melancarkan apa-apa serangan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memberitahu bahawa pangkalan itu merupakan bekas kem MNLF yang digunakan untuk menyimpan senjata sewaktu pemberontakan Mindanao sekitar awal 70-an.
Selain daripada 400 pendatang baharu dari Sulu, Basilan dan Tawi-Tawi, sebilangan etnik Tausug yang berpangkalan di Lahad Datu dan Semporna juga dikatakan bakal menyertai pengganas di pangkalan itu.
Perkembangan baharu ini dilaporkan sehari selepas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi jaminan bahawa Sabah kini bebas daripada sebarang ancaman militan selatan Filipina.
Zulkifeli berkata Ops Daulat akan berakhir dalam beberapa hari lagi dan bakal beralih ke peringkat yang lebih besar dengan radius kawasan 500km di Timur Zon Keselamatan Sabah (ESSZONE).
Sebelum ini, terdapat beberapa dakwaan bahawa pengganas telah menyelinap masuk ke negeri Sabah.
MNLF mendakwa bahawa kira-kira 1,000 pejuang telah menyelinap masuk ke perairan Sabah. Namun dakwaan ini dinafikan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Topic Berkaitan
#Filipina
#kampung tanduo
#Lahad Datu
#Malaysia
#operasi daulat
#Ops Daulat
#Sabah
#Sulu
#Zulkifeli Mohd Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan