INI kisah berkaitan sepatu.
Bukan sepatu baharu sempena Aidilfitri, bukan cerita jenama sepatu terkemuka, bukan juga kisah pelancaran sepatu baharu.
Ini kisah mereka yang sering anda lihat berada di kaki lima. Berbekalkan peralatan yang ada, mereka tekun menjahit, menampal, membaiki satu demi satu sepatu pelanggan.
Bingkisan ini sedikit sebanyak membawa kita menyelami kehidupan mereka.
Rahmat Suwito, bapa kepada dua anak, sudah 14 tahun berkecimpung dalam dunia membaiki sepatu.
Dia bolehlah dikatakan sebagai ‘penghulu’ di lokasi tersebut, sebuah kawasan berhampiran pasar raya popular di Gombak.
Lebih 14 tahun menyediakan khidmat sebagai tukang kasut, semuanya bermula ketika dirinya masih remaja yang mana pada waktu itu, dia selalu membantu pakciknya membaiki kasut di Dataran Merdeka.
Bermula dari sekadar menolong, lama-kelamaan menjadi minat dan kerjaya pula.
“Memang dah hobi. Dulu masa remaja, malas nak pergi sekolah, saya tolong pakcik saya di Dataran Merdeka. Itu saya belajar dengan dia, saya jadi minat pula.
“Dulu tak minat buat kasut tapi lepas tolong dia, sampailah sekarang (baiki kasut). Saya dah buat kerja lain dulu, tak boleh (meneruskannya).
“Saya kerja di car wash, tolong kawan, tak boleh. Buat kerja kedai makan, tolong kawan, tak boleh juga. Lari balik ke kasut. Tak sesuai dengan bidangnya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Memang panjang lagi kisahnya, namun diringkaskan kerana masih ada dua orang lagi yang turut sama bercerita dengan kru Astro AWANI ketika kami berkunjung ke sana.
Selesai berborak dengan Rahmat, kaki terus melangkah - tidak jauh pun, hanya lebih kurang 10 meter, kami bertemu seorang lagi tukang kasut.
Ali Azhar Ramli namanya. Usianya sudah mencecah 68 tahun dan sudah lebih 30 tahun bergelumang dengan perihal kasut, dari menghasilkan sepatu hinggalah kepada membaikinya.
Kisah Ali Azhar sedikit berbeza. Dia berasal dari Indonesia, belajar membuat kasut di sana pada tahun 1970 dan pengalaman itu dibawa ke Malaysia.
Di Malaysia, dia tidak lagi membuat kasut tetapi membaikinya dan dia akui, membaiki lebih sukar daripada membuat. Begitupun, sejak lebih 30 tahun lepas, itulah punca pencarian rezekinya.
Sembilan anaknya dibesarkan dengan hasil rezeki membaiki kasut dan kini, kesemua mereka sudah berkerjaya. Anak bongsunya pula baru tamat pengajian diploma.
“Baiki kasut, senang buat repair kasut, tak mahu pening-pening kepala pada saya. Kita sekolah pun tak tamat. kita ikut sajalah mana yang terbaik, janji jangan mencuri sudah.
“Kadang kita rasa kita susah tapi ada lagi yang lebih susah daripada kita, kan?
“Dalam hidup ini, semangat hidup itu harus ada, kalau tiada semangat hidup tu, pendeklah umur kita,” ujarnya.
Seorang lagi tukang kasut, Iswandi Ismail, sebelum ini pernah berniaga di pasar malam namun kerana COVID-19, perniagaannya merudum dan kini, kaki lima kedai menjadi tempatnya mencari rezeki.
Namun, tidak sedikit pun kelihatan dia berduka, resah atau tertekan kerana sejak dari awal perbualan, acapkali dia ketawa, kelihatan ceria sentiasa.
“Kalau bagi saya, dah tak jadi OK dah, tak OK… sebab kita dulu biasa berniaga kan.
"(Kalau berniaga) kita jual barang dalam satu masa, orang nak 10 barang, kita boleh bagi. Tapi kalau baiki kasut, orang nak minta baiki 10 pasang, tak boleh dalam satu masa kita dapat baiki 10 pasang.
"Jadi, terhad sangatlah masa untuk cari wangnya... guna banyak tenaga pula, kan.
"Kita jahit satu kasut mungkin satu jam. Maknanya kalau kita nak siapkan 10 pasang kasut, 10 jamlah (masa diambil). Itu pun kalau tak berhenti langsung,” katanya.
Wajah mereka ini semua sebenarnya selalu kita terlihat di sudut jalanan. Namun pada kebanyakan masa, kita hanya memandang dengan ekor mata dan tidak langsung menyapa atau membuka bicara. Hanya bersuara apabila kita memerlukan perkhidmatan mereka.
Jika lama kesempatan untuk bersama dengan mereka, pastinya banyak cerita boleh dikongsi kerana mereka saban hari bertemu manusia dengan melihat ragam seorang demi seorang di sekitar mereka.
Sempat juga bertanya soalan berkaitan Hari Raya Aidilfitri, respons mereka ternyata berbeza, ada yang meriah, ada juga sebaliknya.
“Tahun ini meriah. Rasa gembira boleh rentas negeri, adik saya pun ajak saya pergi Bentong, raya ketiga pergi Bentong. Tengoklah macam mana, saya ingat nak raya di Gombak saja,” kata Rahmat.
Ali Azhar pula berkata: “Kalau bagi budak-budak muda, meriahlah raya ini, dah bebas. Kalau kita dah berumur ini, biasa-biasa sajalah.”
Hampir sama juga nadanya dengan Iswandi: “Saya ingat tahun ini tak belilah baju. Hasilnya tiada. Kita boleh kadang-kadang di sini dapat... paling (banyak) pun RM100 lebihlah, itupun dah habis tenaga kita buat.”
Walau apapun kisah mereka, pastinya doa dipanjatkan agar Aidilfitri tahun ini dan tahun-tahun mendatang membawa makna dan kenangan terindah.
Ridauddin Daud
Wed May 04 2022
Wajah mereka sebenarnya selalu kita lihat namun kadangkala kita hanya memandang, tidak langsung membuka bicara, hanya bersuara apabila perlukan perkhidmatan mereka. - Astro AWANI
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.
Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.
Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.
Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.