KUALA LUMPUR: Kerana merasakan sesuatu yang janggal dan tidak kena dengan operasi Terengganu Investment Authority dan 1MDB, Datuk Seri Nazir Tun Razak mengambil keputusan untuk menentangnya secara terbuka.
Biarpun keputusan dan penentangan secara terbuka itu, mengakibatkan rasa tidak puas hati abangnya yang juga Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus mengakibatkan hubungan kedua-dua anak Allahyarham Tun Abdul Razak itu renggang.
Namun, bagi Nazir, apa yang lebih penting ialah legasi dan nama baik ayahandanya perlu dijaga sebaik mungkin, sebelum terus tercemar dan tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia.
“Saya risau dan syak abang saya, Najib, telah dikawal oleh penasihat dan rakan kongsi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya mencemarkan nama baik ayahanda saya,” katanya seperti dipetik dalam memoirnya ‘What’s in a Name’ yang bakal dilancarkan 8 November ini.
Dalam memoir setebal 358 muka surat itu, Nazir memperihalkan bagaimana beliau dan keluarganya diserang, dilontarkan fitnah dan tohmahan yang Najib mengakui berkemungkinan datang dari kem bekas Presiden UMNO itu sendiri.
Malah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, seperti diceritakan semula Nazir dalam buku tersebut, secara terbuka memberi amaran kepada beliau untuk berhenti mempersoalkan tindakan suaminya itu.
Semuanya kerana Nazir dan rakannya, Tong Kooi Ong dari The Edge Group melakukan siasatan ke atas operasi 1MDB, berjumpa dengan orang-orang berpengaruh termasuk Majlis Raja-raja, tokoh korporat, malah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Bagi Nazir, yang salah tetap salah, biarpun ia mempunyai risiko untuk merenggangkan hubungan pertalian darah antara beliau dan Najib,serta berkemungkinan besar melukakan hati bonda mereka, Allahyarhamah Tun Rahah Noah.
Semua pendedahan itu terkandung dalam bab yang dikhaskan untuk 1MDB.
BACA: Ada Apa Di Sebalik Nama Nazir Razak
BACA: Ada apa di sebalik nama Nazir Razak ...
Dalam memori itu, Nazir turut berkongsi cerita bagaimana beliau sepatutnya bekerja dalam bidang lain, namun akhirnya terlibat dalam sektor perbankan.
Penglibatan dalam bidang kewangan, tulis Nazir lagi, akhirnya menjadikan CIMB sebagai rumah keduanya, daripada sebuah institusi perbankan yang agak kecil, akhirnya menjadi antara gergasi kewangan di rantau ini.
Daripada mengetuai sebuah unit yang kecil, akhirnya terus progresif dalam kerjaya, sehingga beliau menjadi Pengerusi Kumpulan CIMB, dan seterusnya menjadikan bank itu sebagai kedua yang terbesar di Malaysia dan kelima terbesar di Asia Tenggara.
Namun, jawatan itu terpaksa Nazir lepaskan dengan berat hati, kerana konflik yang timbul akibat tentangan terbuka terhadap 1MDB.
Dalam pada itu, beliau turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi misi dan visinya terhadap masa hadapan negara, atau apa yang digelarkan sebagai A Renewed Malaysia.
Namun, Nazir berkata, apa yang penting ialah keberanian politik pemimpin sedia ada, atau masa akan datang, untuk menghadapi ‘raksasa berkepala tiga’ - politik wang; politik identiti; pemusatan kuasa melampau.
Selagi perkata itu tidak ditangani, tegasnya lagi, Malaysia akan terus ketinggalan, dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan peluang – Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim, serta ketegangan antara China dan Amerika Syarikat.
Semua itu diperihal dan diperincikan dengan teliti dalam memoir – What’s in a Name.
• Mulai hari ini Astro AWANI akan menyiarkan siri artikel petikan daripada memoir Nazir Razak – What’s In A Name.
Firdaus Azil
Sat Nov 06 2021
Memoir What's in a Name tulisan Nazir Razak yang bakal dilancarkan 8 November ini turut memuatkan pendedahan kisah di sebalik kontroversi skandal kewangan terbesar 1MDB. - Gambar Instagram NAZIR RAZAK
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.
Adaptasi filem, Nazir Razak pilih Syafiq Kyle?
Tokoh perbankan negara itu kagum dengan lakonan Syafiq Kyle drama Astro Original, One Cent Thief.