awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi

Bernama
Bernama
18/09/2022
01:00 MYT
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Zahidi (foto) berkata kisah sejarah Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, srikandi Melayu yang terkenal dengan berpencak senjata dan mengetuai angkatan perang dapat dijadikan pengajaran khusus buat generasi muda pada masa ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) akan menjadikan kisah Setanggi Ratna Inderapura sebagai filem yang berupaya menembusi pasaran pawagam antarabangsa.
Timbalan Menteri K-KOMM Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kisah sejarah Sultanah Alam Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Ungu, srikandi Melayu yang terkenal dengan berpencak senjata dan mengetuai angkatan perang dapat dijadikan pengajaran khusus buat generasi muda pada masa ini.
"Ramai yang perlu tahu mengenai kisah Raja Ungu ini kerana ia sangat bermakna dan cerita ini bukan sahaja menonjolkan tentang sejarah Melayu tetapi elemen seperti syair dan nazam Melayu, harus ditonjolkan kepada generasi muda," katanya selepas menonton Teater Syair Setanggi Ratna Inderapura di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.
Menurut Zahidi, beliau akan ke Thailand dalam masa terdekat untuk mengadakan kolaborasi strategik antara produksi filem tempatan bersama produksi filem Thailand bagi tujuan berkenaan.
"Minggu depan saya nak ke Thailand kerana kita mahu menggalakkan filem Setanggi Ratna Inderapura ini menembusi pasaran antarabangsa...saya juga akan berusaha mencari produksi-produksi filem di sana untuk bekerjasama dalam mengeluarkan filem ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Setanggi Ratna Inderapura
#Sultanah Alam Shah
#Raja Ungu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan