SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kerana dianugerahkan Tan Sri.
Ujar Mohd Puad, penerimaan pingat itu merupakan pengiktirafan karier terhadap Kit Siang di peringkat nasional.
Jelas beliau, meskipun` selama ini terdapat berbeza pendapat antara mereka berdua, perselisihan itu tidak membawa kepada maki hamun dan penggunaan kata-kata kesat.
“Setinggi tahniah. Itu satu pengiktirafan. Dia bersara politik dengan ‘happy ending’.
“Politik Malaysia semakin berubah. Dulu lawan sekarang kawan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) ialah 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan; Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; Mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad, Datuk Ng Hook.
Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad, Datuk Seri Gan Seong Liam; Pengerusi DPS Resources Berhad, Datuk Seri Sow Chin Chuan; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad, Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani N Hassan Thani dan komposer Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan.
Dalam pada itu, Mohd Puad berpesan, meskipun Kit Siang telah dianugerahi gelaran berkenaan, ia bukan lesen untuk beliau terlepas daripada sebarang kritikan.
“Itu tidak bermakna pendapat Tan Sri tidak boleh disanggah. Macam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Annuar Musa. Lawan tetap lawan,” tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 05 2023

Datuk Mohd Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kerana dianugerahkan Tan Sri.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.

Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.

DAP tak bercadang gabung dengan MUDA
Loke menyifatkan cadangan Lim agar MUDA bergabung dengan DAP sebagai bersifat peribadi.

Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.

Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.

Kit Siang 'setaraf' dengan Nik Aziz, seloroh Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri itu berkata sumbangan Kit Siang kepada negara tiada bandingan dengan mana-mana individu di negara ini.

Kerajaan ucap tahniah kepada bekas wakil rakyat atas kurniaan darjah kebesaran
Kerajaan merakamkan ucapan tahniah kepada bekas wakil rakyat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada Agong atas kurniaan gelaran Tan Sri
Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepadanya.

839 terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023, ini antara senarainya
Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Kit Siang dapat Tan Sri, Mohd Puad ucap tahniah
"Setinggi tahniah. Itu satu pengiktirafan. Dia bersara politik dengan happy ending."

Keputeraan Agong: Kit Siang, Nik Aziz, Johari dapat gelaran Tan Sri
Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.