KUALA LUMPUR: Harga kit ujian pantas (RTK) antigen COVID-19 yang menggunakan sampel air liur kini boleh dibeli di pasaran serendah RM4.90 tanpa menjejaskan kualiti alat tersebut, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sebelum ini, setiap kit ujian antigen pantas itu dijual antara RM6.60 dan RM6.90 bergantung kepada jenama.
Beliau memberitahu, melihat pada penularan COVID-19 yang masih tinggi dalam negara, peranti itu kini menjadi sebahagian daripada keperluan setiap isi rumah.
"Dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian, semestinya keperluan untuk membuat ujian kendiri ini menjadi lebih mendesak dan perlu dilakukan dengan kerap.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terkesan dengan penjualan set ini yang dijual pada harga tinggi, sebelum ini.
"Melalui perbincangan berterusan yang diadakan bersama KPDNHEP dan Kementerian Kesihatan (KKM), saya bersetuju harga kit ini perlu diturunkan lagi, tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian ini. Semestinya saya mahu kit ini dapat dibeli dengan harga mampu milik agar semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap," katanya dalam hantaran di Facebook di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan, setakat ini, KPDNHEP memberikan kebenaran kepada 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri ini yang telah diberikan kebenaran KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Beliau dalam masa sama memuji inisiatif kedai serbaneka 99 Speedmart yang sudah mula menjual peranti tersebut dengan harga serendah RM4.90 seunit.
"Kerjasama daripada peniaga seperti ini amat kami hargai, bagi kita sama-sama membantu meringankan beban rakyat, terutama dalam usaha kita mengawal dan menurunkan jumlah kes COVID-19 di negara kita," ujarnya.
Justeru beliau berharap, lebih banyak premis akan mengambil langkah yang sama dalam waktu terdekat.
Umavathi Ramayah
Thu Nov 25 2021

Alexander Nanta Linggi berkata, melihat pada penularan COVID-19 yang masih tinggi dalam negara, kit ujian antigen kini menjadi sebahagian daripada keperluan setiap isi rumah. - Gambar KPDNHEP

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Tiada syarikat di Malaysia dapat lesen import dan jual air zam zam
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan, tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Vape perlu dimasukkan dalam pelaksanaan Generasi Penamat
Vape dicadang agar turut dimasukkan ke dalam pelaksanaan Generasi Penamat yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia selain rokok.

Hati-hati terima barang percuma, khususnya makanan - PPIM
Ini susulan penganjur sebuah program derma darah didakwa memberi cenderahati mi segera dipercayai berperisa daging babi.

Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030 dilulus.

Aplikasi RepotLah bantu pihak berkuasa larang merokok di tempat awam
RepotLah telah disiarkan secara langsung pada Mei 2022 dan telah dimuat turun sebanyak 500 kali dengan 300 pengguna aktif setakat ini.

Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy
Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

COVID-19: Empat kematian, satu BID direkod pada 22 Jun
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,741.

Malaysia kembali rekod sifar kematian akibat COVID-19
Khairy memaklumkan peralihan berterusan kepada fasa endemik diukur dan dipacu data.

KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.