SEPANG: Kit ujian kendiri COVID-19 boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak .
"Ini tentunya satu berita yang sangat baik kepada pengguna pada situasi hari ini," katanya ketika melancarkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di KK Supermart di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih.
Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.
Nanta berkata keputusan kerajaan untuk memperluaskan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 akan mendatangkan kebaikan seperti penurunan harga, ketersediaan bekalan dan meningkatkan daya saing serta ekonomi sektor peruncitan.
Mengenai harga siling kit ujian kendiri COVID-19 yang baharu, Nanta berkata ia akan diumumkan dalam masa terdekat dan penentuannya mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan pengguna dan peniaga.
Menurut Nanta paras sedia ada iaitu RM19.90 harga runcit dan RM16 harga borong akan diturunkan ke satu tahap yang adil kepada pengguna dan peniaga.
"Kita boleh tengok di mana paras kita boleh letak dan memastikan pengguna boleh membeli dengan mengikut kehendak mereka termasuk dari segi jenama dan kualiti. Kita mesti juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan," katanya.
"Harga siling baharu juga harus mengambil kira peniaga yang perlu mengimport kit berkenaan dari negara berlainan," katanya.
Nanta berkata beliau percaya persaingan akan menurunkan harga jualan di peringkat runcit.
"Suasana perniagaan perlu berpaksi kepada (konsep) penawaran dan permintaan. Tidak perlu kerajaan guna kuasa menyekat dan membuat peraturan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Pengumuman harga baharu ini dianggap berpatutan dan dapat dibeli oleh semua peringkat rakyat termasuk golongan B40. - Foto BERNAMA
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Kerajaan teliti keperluan kaji semula harga siling kit ujian kendiri COVID-19
Kerajaan mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan 2021 pada 24 Nov tahun lepas.
Kit ujian kendiri COVID-19 dijual lebih murah sebelum persekolahan bermula
Harga kit ujian kendiri COVID-19 akan diturunkan lebih murah menjelang akhir bulan ini untuk memudahkan ibu bapa membuat ujian saringan, sebelum anak mereka memulakan sesi persekolahan.
Pengimportan & pengedaran kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat - MDA
MDA memberitahu, orang ramai boleh mendapatkan kit-kit ujian itu dari farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan yang dibenarkan selepas surat Kelulusan Bersyarat dikeluarkan.