awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kita akan tuntut balik RM2.5 juta daripada Arul Kanda - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/08/2018
09:46 MYT
Kita akan tuntut balik RM2.5 juta daripada Arul Kanda - Guan Eng
untutan sivil itu akan dilakukan firma guaman yang dilantik selain telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Peguam Negara. - Gambar fail
Kementerian Kewangan akan mengemukakan tuntutan sivil kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata ia adalah sebahagian langkah bagi mendapatkan semula RM2.5 juta pakej gaji yang telah dibayar pada Januari lalu.
Katanya, tuntutan sivil itu akan dilakukan firma guaman yang dilantik selain telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Peguam Negara.
"Kementerian Kewangan telah memberikan arahan untuk menuntut balik pembayaran RM2.5 juta yang telah diterima oleh Arul Kanda.
"Kita tidak meluluskan pembayaran RM2.5 juta itu dan tindakan guaman akan diambil untuk mendapatkan balik, malah kami juga sedang mengkaji tindakan lain agar apa-apa keputusan dibuat yang dilihat merugikan 1MDB boleh dituntut balik daripada beliau (Arul Kanda)," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. BACA: Gaji Arul Kanda lebih tinggi ketika di UAE berbanding 1MDB - Najib
Semalam, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada Arul Kanda.
Menurut beliau, Arul Kanda sebenarnya mendapat gaji lebih rendah ketika berkhidmat dengan 1MDB berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Najib berkata Arul Kanda sanggup menerima gaji jauh lebih rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda
#Arul Kanda Kandasamy
#Kementerian Kewangan
#Lim Guan Eng
#menteri
#Parlimen
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan