awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KITA FM catat rekod Malaysia, kukuhkan perpaduan melalui jelajah radio

Naz Raseed
Naz Raseed
19/09/2025
03:40 MYT
KITA FM catat rekod Malaysia, kukuhkan perpaduan melalui jelajah radio
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerjasama menyeluruh seluruh warga Astro. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: KITA FM mencipta sejarah apabila berjaya mencatat dua pencapaian baharu dalam Malaysia Book of Records bagi kategori “Longest Distance Outdoor Radio Broadcast Tour” dan “Longest Distance Outdoor Radio Broadcast Tour by Automotive Manufacturer.”

Ringkasan AI
  • Jelajah radio menggunakan bas "Hop On Hop Off" dari 116 September 2025 berjaya mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records, melibatkan penyampai dari 13 stesen Astro Audio.
  • Pengarah Astro Audio menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerjasama seluruh pasukan, mencerminkan komitmen untuk menyebarkan perpaduan melalui gelombang radio.
  • Kempen "Kami Benci Buli" dibawa sepanjang jelajah dan mendapat sambutan positif, menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap isu buli fizikal dan siber.

Rekod ini direkodkan menerusi siri jelajah seluruh negara menggunakan bas “Hop On Hop Off” dari 1 hingga 16 September 2025, melibatkan penyertaan penyampai radio daripada 13 stesen di bawah Astro Audio.
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerjasama menyeluruh seluruh warga Astro.
“Sangat bersyukur… Ini adalah cerminan usaha pasukan, bukan hanya penyampai, bukan hanya pasukan belakang tabir, tetapi semua di Astro berganding bahu untuk menjayakan misi ini. "Kami bangga dan tidak akan berhenti - ini komitmen kami untuk terus menyebarkan perpaduan dengan cara kami,” katanya selepas menerima anugerah di Astro, Bukit Jalil.
Selain mencatat rekod, siri jelajah ini turut memperkukuh hubungan antara penyampai dan pendengar, membuktikan komitmen KITA FM dan Astro Audio dalam menyajikan kandungan segar, relevan dan menyatukan rakyat Malaysia melalui gelombang radio.
Program ini turut mendapat sokongan daripada Blackmores, KFC dan BHPetrol, dengan Perodua sebagai rakan kolaborasi utama.
Sepanjang jelajah, kempen kesedaran “Kami Benci Buli” turut dibawa sebagai sebahagian daripada usaha menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
“Inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan di setiap lokasi, mencerminkan keprihatinan rakyat Malaysia dalam menolak sebarang bentuk buli - sama ada fizikal mahupun siber,” jelas Priya.
Beliau menambah, pencapaian ini menjadi simbol kesungguhan KITA FM untuk terus mendekati masyarakat, menyebarkan mesej perpaduan dan mengekalkan peranannya sebagai platform radio yang menyatukan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Astro
#Perodua
#Malaysia
#mbor
#Kita FM
#Astro Audio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan