Kerajaan hari ini memperkenalkan Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin, atau KITA PRIHATIN dengan peruntukan RM10 bilion.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu diambil selepas melihat ia amat diperlukan rakyat dalam zaman yang serba mencabar ini.
Beliau berkata, pakej itu memberi tumpuan kepada empat golongan - B40 berkeluarga dan bujang, M40 berkeluarga dan bujang, golongan pekerja pelbagai bidang, dan peniaga mikro pelbagai bidang.
Melalui pakej KITA PRIHATIN, beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, dengan peruntukan RM7 bilion.
“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
"Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober 12 adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: KITA PRIHATIN, hari ini.
Perdana Menteri berkata, jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah
seperti berikut:
Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Firdaus Azil
Wed Sep 23 2020

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil selepas melihat ia amat diperlukan rakyat dalam zaman serba mencabar ini. - Foto Astro AWANI

Vaksin COVID-19 | Pulau Pinang terima 62,000 dos
Pulau Pinang bakal menerima 62,000 dos vaksin dalam masa terdekat selepas menerima 16,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad lepas. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, lima kotak penghantaran yang diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama yang perlu disuntik dalam tempoh 21 hari.

Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan
Daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.

Telur, ikan antara makanan terbaik buat anak makin bijak! Baca tip ini
Makanan sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak-anak kita yang sedang membesar.

Polis Labuan buka kertas siasatan, bantah laungan azan
Ia berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.
![[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut? [TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892893/31570730741614503410740_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?
Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti, selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR. Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti-parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas. Tatkala PRU15 semakin hampir, adakah PH sekali lagi gagal mencapai solidariti dan membina kepercayaan dalam kalangan parti komponennya?

AWANI Ringkas: Dua bekas ahli parlimen PKR sokong PN | Bekas tiga Adun AMANAH sertai PKR, jejas PH

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

Hampir 3,000 babi akan dilupus di Sabah untuk halang penularan ASF
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata jumlah tersebut dikesan di daerah Pitas dan sebanyak 22 ekor babi telah dilupuskan dalam fasa pertama.
![[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat [TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892891/27199807091614502530234_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon. Ikuti reaksi yang baharu kami terima.

Dera Anak | suami isteri hukuman gantung sampai mati
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan kerana membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.

Isu fitnah: Bicara kes saman Vivy Yusof pada 11 Ogos
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.

AIM dan SESB bekerjasama baik pulih rumah peserta - Lajim
AIM dan SESB akan turut berkerjasama dalam beberapa program lain, seperti menyediakan peruntukan untuk pendawaian kepada rumah B40 yang berdaftar dengan eKasih.

Residensi Prihatin projek rumah mewah, harga mampu milik
Annuar berkata, menerusi sasaran itu, sebanyak 20,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 15,000 unit di Putrajaya manakala 5,000 unit di Labuan.

SPPP diperluas kepada semua usahawan B40 - Nanta
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Golongan berisiko, B40 di kawasan padat penduduk perlu diberi keutamaan vaksinasi
Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19.

Isi rumah berpendapatan rendah terkesan sejak PKP 2.0 - Kajian UNICEF, UNFPA
Krisis akibat COVID-19 terus memberi kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur walaupun kerajaan mengumumkan beberapa langkah mengurangkan tekanan akibat pandemik.

ISHRAF mula nampakkan hasil, bantu asnaf, B40 tambah pendapatan
Setakat ini seramai 20 peserta yang terlibat telah mencatatkan jumlah jualan terkumpul lebih RM258,000.

Lebih banyak rumah untuk B40, M40 dibina dalam tahun ini - Zuraida
Lebih RM1 bilion diperuntuk bagi pembinaan rumah untuk golongan B40 dan M40 pada tahun ini melalui projek Program Perumahan Rakyat (PPR).

KWP peruntuk RM750,000 agih 13,000 bakul makanan di Wilayah Persekutuan
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan sejumlah RM750,000 untuk 13,000 bakul makanan yang akan diberikan kepada kawasan-kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya da

MyIPO tawar pengecualian fi enam bulan bagi cap dagangan dan paten
Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata pengecualian bagi tempoh enam bulan itu diberikan kepada syarikat dan individu yang terkesan akibat COVID-19.