#KitaLawan: Naib Presiden PKR, Tian Chua ditahan lagi

Haider Yutim
Mac 28, 2015 05:50 MYT
Tian Chua memaklumkan beliau telah dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Naib Presiden PKR, Tian Chua telah sekali lagi ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Perkara itu dimaklumkan beliau melalui posting di akaun Twitternya sebentar tadi yang turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Tian sebelum itu telah menghadiri mesyuarat town hall bersama penduduk Parlimen Batu yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

am arrested at Kg Batu Muda Community Hall after the "town hall meeting". #kitalawan

— Tian Chua (@tianchua) March 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebilangan 20 anggota polis menahan saya di Dewan Komuniti Kg Batu Muda, sebaik saja saya keluar dari town hall meeting. #KitaLawan

— Tian Chua (@tianchua) March 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Arrived at balai polis jinjang. Surprised not landed at Jinjang Lockup (yet).

— Tian Chua (@tianchua) March 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tian sebelum ini pernah ditahan pada Jumaat lepas berhubung pembabitannya dalam perhimpunan yang sama baru-baru ini.
Ahli Parlimen Batu itu bagaimanapun telah dibebaskan tanpa ikat jamin selepas ditahan reman selama satu malam.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa aktivis politk, Hishamudin Rais dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang ditahan semalam, akan ditahan reman selama tiga hari.
Pada Khamis, enam individu ditangkap polis sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan di Dataran Merdeka.
Mereka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
Menurut kenyataan PKR pada Jumaat, enam individu berkenaan termasuk dua ADUN PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.
#ditahan #Fahmi Fadzil #Jinjang #kitalawan #perhimpunan #polis #Tian Chua