KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya tindakan esktrem oleh pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan keganasan dengan membaling 'molotov cocktail' di kedai serbaneka KK Mart di Kuantan, Pahang hari ini.
Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan siasatan segera perlu dijalankan dan pelaku wajar dikenakan hukuman tegas.
"Kita mohon pihak polis siasat dan beri hukuman yang keras kepada pelaku ini.
"Hari ini, kita jangan buat satu andaian sebab kita pun tak tahu siapa yang buat. Mungkin boleh jadi 'orang A' atau 'orang B'.
"Jadi, andaian yang berlaku ini perlulah disiasat dan kalau ada kebenaran, kita minta pihak polis siasat dan kita kenakan hukuman tanpa kompromi kepada sesiapa sekali pun," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Kedai serbaneka KK Mart yang baharu beroperasi dua minggu lalu di Kuantan diserang dengan 'molotov cocktail' pada jam 5.14 pagi tadi.
Ia insiden kedua selepas KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac lalu.
Dalam masa sama, Muhamad Akmal berharap mana-mana pihak yang menyertai kempen boikot KK Mart agar melakukannya secara matang tanpa sebarang keganasan.
Beliau juga percaya ada segelintir pihak yang mengaitkan kempen boikot tersebut dengan isu perkauman sehingga mencetuskan bibit-bibit keganasan.
"Kita melihat ini juga ini merupakan satu perkara yang salah. Kalau nak kempen boikot tak salah seperti mana kita boikot produk-produk Israel yang lain tetapi sepanjang kita boikot (produk Israel), saya rasa tidak nampak orang Islam dan Melayu yang nak pergi bakar McDonald's atau Starbuck.
"Saya percaya isu yang berlaku ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas perkara itu sendiri. (Tetapi) Jangan buat andaian dulu," katanya lagi.
Beliau menambah, umat Islam dan Melayu juga cukup bijak untuk melakukan kempen boikot secara aman.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 30 2024
Muhamad Akmal menegaskan siasatan segera perlu dijalankan dan pelaku wajar dikenakan hukuman tegas - Gambar fail/Sinar Harian
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
KK Mart dibaling 'molotov cocktail': Ambil tindakan tegas kepada pelaku - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal menegaskan siasatan segera perlu dijalankan dan pelaku wajar dikenakan hukuman tegas.