IPOH: Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata kesemua rakaman percakapan diambil daripada saksi merangkumi pekerja premis itu dan orang awam bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Polis sedang mengenal pasti suspek dan kami meningkatkan kawalan dan rondaan di tempat kejadian serta semua KK Mart dan premis yang beroperasi selama 24 jam bagi mengelakkan insiden itu berulang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada 26 Mac lepas, kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada 8.49 pagi.
Pengadu berusia 20 tahun ketika sedang bekerja memaklumkan, mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar memeriksa keadaan.
Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca yang pecah.
Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit mendapati sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah "Lalamove", telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Seorang lelaki dilihat telah turun dari kereta itu dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Mohd Naim berkata kesemua rakaman percakapan diambil daripada saksi merangkumi pekerja premis itu dan orang awam bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Gambar FB Polis Daerah Tapah
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Korban banjir lahar dingin ragut meningkat kepada 67 mangsa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 67 individu setakat Rabu, dengan 989 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.
Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.
Samun kedai serbaneka: Lima lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu.