KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berbincang untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata penggabungan dua agensi itu juga dilihat dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini.
"Kami sedang berbincang dengan agak mendalam dan di peringkat selanjutnya mengenai penggabungan NACSA dengan CSM tetapi kita belum sampai ke peringkat di mana penubuhan itu boleh berlaku lagi.
Ini kerana kita perlu bawa rang undang-undang ke Parlimen tetapi (penggabungan) ini antara beberapa perkara yang kita lihat perlu kita lakukan untuk memastikan data rakyat selamat dan tidak boleh dicuri serta disalah guna untuk aktiviti scammer," katanya selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama beliau hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pengeluaran wang bagi perbelanjaan Aidilfitri supaya berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan.
"Sekiranya ada mana-mana individu menjadi mangsa scam, tolong hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 kerana kalau telefon ini dalam masa beberapa jam setelah scam berlaku hilang duit ada transaksi, Insya-Allah Bank Negara dapat bekerjasama dengan bank-bank untuk halang duit disalur keluar," katanya.
Dalam pada itu menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan disambut pada 28 Mei ini di Ipoh, Perak, Fahmi berkata beliau mahu wakil media meneruskan perbincangan dalam kalangan mereka tentang masa depan industri itu di negara ini.
Beliau juga telah meminta timbalannya Teo Nie Ching untuk meneliti beberapa dasar bagi memastikan hak dan kebebasan media terjamin dan kebajikan warga media lebih terbela.
Fahmi berkata secara umum ekosistem industri media hadapi beberapa tekanan dari segi undang-undang sedia ada.
"Tekanan yang dimaksudkan bersifat ekonomi dan juga bakat serta tenaga kerja jadi mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita teliti sekiranya perlu kita gubal apa-apa undang-undang baharu seperti kita bincangkan sebelum ini iaitu Majlis Media Malaysia dapat disegerakan dan diselaraskan," katanya.
Ini supaya ia bukan sahaja menepati cita rasa masing-masing tetapi menyesuaikan manfaat dengan keadaan dan keperluan untuk memastikan supaya media dapat berfungsi sebagai tiang seri demokrasi untuk pastikan wujud semak imbang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Fahmi berkata penggabungan dua agensi itu dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini. - Gambar fail/ Bernama
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Kolaborasi sektor swasta penting untuk capai karbon sifar 2050
Kerjasama sektor swasta adalah penting kepada komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.