awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD fokus tahap capaian internet di jalan raya yang hubungkan kawasan berpenduduk

Bernama
Bernama
09/07/2023
10:30 MYT
KKD fokus tahap capaian internet di jalan raya yang hubungkan kawasan berpenduduk
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap ketika hadir pada Program Kita MADANI Peringkat Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang hari ini. - Foto BERNAMA
BANTING: Kementerian Komunikasi dan Digital akan memfokus kepada tahap capaian liputan Internet di jalan raya yang menghubungkan kawasan berpenduduk dan bukan hanya kepada kawasan berpenduduk.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan meneliti perkara itu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memandangkan capaian Internet merupakan kemudahan asas yang perlu dinikmati oleh semua rakyat sama seperti jalan, sumber elektrik serta air.
Fahmi berkata isu keperluan Internet di jalan raya dikenal pasti susulan lawatan kerja beliau ke Negeri Sembilan baru-baru ini.
"Di Rembau dan Felda Palong 11, (capaian) Internetnya cantik tapi di sepanjang perjalanan ke sana tiada Internet, jadi saya lihat ada keperluan untuk kementerian dan MCMC meneliti beberapa perkara (berkenaan liputan Internet di jalan raya)," katanya ketika berucap pada program Kita MADANI Peringkat Negeri Selangor di Kampung Bukit Changgang di sini hari ini.
Beliau juga berkata jumlah kadar penembusan jalur lebar tetap di Selangor pada suku pertama tahun ini mencecah 61.6 peratus manakala bagi jalur lebar mudah alih sebanyak 126.1 peratus.
"Ini menunjukkan perkembangan positif dan kerajaan sentiasa komited memastikan capaian Internet di Selangor berada pada tahap terbaik," katanya.
Sementara itu, KKD dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 168 Komuniti MADANI akan ditubuhkan di Selangor tahun ini yang melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut kenyataan itu, penubuhan Komuniti MADANI bertujuan menyuburkan semangat kebersamaan serta mempromosi dasar-dasar Kerajaan Perpaduan dan konsep Malaysia MADANI kepada masyarakat.
Sebelum ini, Fahmi berkata Komuniti MADANI berperanan membantu menyalurkan informasi tepat dan sahih selain menyebarluaskan inisiatif yang dilaksana oleh kerajaan ke peringkat akar umbi secara berterusan.
Komuniti MADANI merupakan badan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
Setakat ini, sebanyak 1,878 Komuniti MADANI telah ditubuhkan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKD
#Internet di jalan raya
#Fahmi Fadzil
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan