IPOH: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan meneruskan usaha membawa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata setelah penganjuran di luar Kuala Lumpur iaitu di Melaka pada tahun lepas dan di Perak bagi tahun ini, terdapat keperluan untuk membawa sambutan itu ke seluruh negara agar semua pengamal media dapat terlibat dengannya.
"Saya lihat (sambutan) ini boleh merantau pergi menjelajah ke negeri-negeri sebab setiap negeri ada biro-bironya... mungkin antara lokasi yang boleh kita pertimbangkan ialah Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak bergantung kepada kesesuaian rakan-rakan media," katanya selepas meninjau persiapan majlis kemuncak perasmian HAWANA 2023 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini hari ini.
Beliau berkata selain dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran, penganjuran HAWANA membolehkan pengamal media meluahkan kekangan serta cabaran bertugas di lokasi berbeza di setiap negeri di Malaysia.
"Ia merupakan peluang baik bagi pengamal media, setahun sekali sekurang-kurangnya media boleh berkumpul menyampaikan pandangan dan bertukar pendapat mengenai hala tuju industri ini," katanya.
Fahmi juga berkata beliau berpuas hati dengan persiapan majlis kemuncak HAWANA dan berharap penganjurannya kekal menjadi acara tahunan dalam kalendar KKD.
Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching Ronnie Teo Teck Wei pula berkata pengamal media di Sarawak berhasrat membawa momentum kemeriahan sambutan HAWANA ke Bumi Kenyalang tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Fahmi berkata setelah penganjuran di luar Kuala Lumpur iaitu di Melaka pada tahun lepas dan di Perak bagi tahun ini, terdapat keperluan untuk membawa sambutan itu ke seluruh negara agar semua pengamal media dapat terlibat dengannya. - Foto FB KKD

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Semua pihak main peranan semak kesahihan berita, elak salah faham
Fahmi berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.

Sambutan Hari Malaysia boleh ditonton secara langsung di saluran arus perdana
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Perpaduan, pada Sabtu boleh ditonton secara langsung di semua saluran televisyen serta media sosial arus perdana.

KKD teliti keperluan melesen platform TikTok, Meta, Google - Fahmi
KKD sedang meneliti keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

Lawatan kerja KKD ke Korea Selatan berakhir dengan hasil positif
Lawatan rasmi pertama Fahmi Fadzil ke Korea Selatan berakhir dengan optimistik, apabila lebih banyak komitmen pelaburan diperoleh daripada syarikat digital dan telekomunikasi.

KKD berusaha pasang Starlink di kawasan capaian internet lemah
Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan berusaha melaksanakan pemasangan peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian Intern

Hari Kebangsaan: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam, jaga keselamatan
Pengunjung yang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini disaran supaya memanfaatkan pengangkutan awam bagi kelancaran perjalanan ke acara itu.

Inflasi mereda dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Kadar inflasi keseluruhan di Malaysia mereda daripada 4.0 peratus kepada 2.0 peratus, dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Malaysia mampu muncul sebagai 'harimau digital Asia' - Fahmi
Menurut Fahmi kemasukan pelaburan tersebut turut memberi kesan kepada ekonomi setempat, tenaga kerja dan ekonomi negara.

Akta muzik diwujud dalam tempoh dua tahun - Fahmi
Memandangkan akta untuk industri muzik masih belum ada, perkara itu perlu diteliti termasuk berkaitan aspek mengawal selia industri itu serta pemasaran.

Komuniti MADANI mata, telinga KKD salur maklumat, masalah rangkaian internet
Fahmi berkata peranan seumpama itu dapat membantu KKD dalam memastikan rakyat menikmati rangkaian Internet dan telekomunikasi pada tahap yang memuaskan.