awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW bentang kertas cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 dalam Mesyuarat MTN

Bernama
Bernama
17/11/2025
07:50 MYT
KKDW bentang kertas cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 dalam Mesyuarat MTN
Ahmad Zahid berkata cadangan pindaan itu merangkumi aspek pentadbiran, pendidikan dan hal ehwal tanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membentangkan kertas cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ringkasan AI
  • Kertas cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 dibentangkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 yang dipengerusakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Pindaan merangkumi aspek pentadbiran, pendidikan, dan hal ehwal tanah bagi memastikan tadbir urus tanah yang lebih teratur dan inklusif.
  • Cadangan pindaan ini bertujuan melindungi kepentingan komuniti Orang Asli tanpa menjejaskan peranan serta bidang kuasa kerajaan negeri, seiring dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Zahid Hamidi berkata cadangan pindaan itu merangkumi aspek pentadbiran, pendidikan dan hal ehwal tanah.
"Pindaan ini bertujuan memastikan tadbir urus tanah yang lebih teratur dan inklusif, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk melindungi kepentingan komuniti Orang Asli tanpa menjejaskan peranan serta bidang kuasa kerajaan negeri.
"Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan terus memperkukuh dasar yang adil, telus dan berpaksikan kesejahteraan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata MTN juga menjadi platform penting untuk memperkukuh penyelarasan dasar antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam hal ehwal tanah di seluruh negara.
Pada Julai lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata penyediaan draf pindaan akta itu yang melibatkan isu pemilikan tanah masyarakat orang Asli berada di fasa akhir, manakala Akta 134 terakhir dipinda pada 1967 dan disemak pada 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#MTN
#Ahmad Zahid Hamidi
#tanah orang asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan