TASEK GELUGOR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.
Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang berkata usaha berkenaan diharap membantu mempertingkatkan sektor agromakanan tempatan.
"Setiap kawasan itu berkeluasan lebih 5,000 hektar dengan projek tanaman di Sabah akan dijalankan oleh FELCRA manakala di Sarawak, kita bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi tujuan sama.
"Kita (KKDW) kini di peringkat pra, maksudnya dalam usaha penilaian tanah dan kenal pasti peserta yang akan terlibat dalam pembangunan tanaman padi ini.
"Selain itu, kita turut dimohon untuk menyegerakan banyak lagi tindakan dalam usaha mempertingkatkan kawasan penanaman padi sekali gus menambah pengeluaran beras negara," katanya pada sidang media selepas melawat Perda Food Valley di sini hari ini.
Mengenai lawatan hari ini, Rubiah berkata pendekatan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Jabatan Pertanian iaitu kaedah sewaan tanah Perda kepada usahawan tani perlu dikembangkan kepada agensi kerajaan lain dalam usaha mengukuhkan aspek sekuriti makanan dalam negara.
Beliau berkata setakat ini seramai 130 peserta dan syarikat telah menyewa tanah Perda untuk tujuan pertanian pada kadar sewaan RM50 hingga RM150 seekar sebulan.
"Pendekatan ini perlu dikembangkan kepada agensi KKDW yang lain sebab ia lebih berfokus, boleh membantu usahawan tani dari segi meningkatkan pendapatan dan pada masa sama menyumbang kepada pengeluaran makanan negara.
"Ini merupakan satu daripada usaha untuk menggalakkan ladang ditadbir secara komersial dengan hasil yang optimum kerana format pembangunan yang bagus memandangkan Jabatan Pertanian menyediakan keperluan ladang dari sudut infrastruktur manakala pengurusan ladang dilaksanakan peserta sendiri," katanya.
Beliau berkata kawasan pertanian di Perda Food Valley berkeluasan 428 hektar, dengan 137 hektar diusahakan melalui pendekatan sewaan kepada usahawan tani, 120 hektar diusahakan oleh anak syarikat Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd manakala 169 hektar diuruskan oleh Perda sendiri.
Katanya pengeluaran hasil daripada Perda Food Valley mencecah 4,201 tan metrik bersamaan RM6.352 juta setakat Ogos 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Usaha berkenaan diharap membantu mempertingkatkan sektor agromakanan tempatan. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.
Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?
Selepas konsert terakhir lima tahun lalu, peminat setia pasti tidak sabar menanti untuk mengubat kerinduan terhadap figura ini.
Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid
Bila dua nama besar dari dua negara bergabung, tentu sekali ramai yang teruja!
Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia
Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn bakal rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia.
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan
Kalau dua-dua dah single apa salahnya... Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.
Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.
Rossa buka hijab kurang disenangi peminat
Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji walaupun ianya tidak disenangi para peminatnya.