awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak

Bernama
Bernama
19/05/2024
21:40 MYT
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii semasa menghadiri majlis sambutan Pra Gawai Dayak 2024 Sarikei pada Ahad. -- fotoBERNAMA
SARIKEI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memperuntukkan RM1.5 bilion sebagai rancangan boleh pinda dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dana yang sangat signifikan itu adalah untuk memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab sudah pasti saya akan terus memainkan peranan di dalam pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak ini untuk membantu Kerajaan negeri bagi memastikan terutamanya infrastruktur di kawasan luar bandar dapat dipertimbangkan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika majlis sambutan Pra Gawai Sarikei 2024 di sini semalam.
Antara yang menjadi fokus adalah pembinaan jambatan, penyediaan bekalan elektrik dan air bersih dan perkhidmatan telekomunikasi.
Beliau berkata oleh kerana telekomunikasi di negara ini telah dinaikkan kepada 5G, ia tidak hanya akan disediakan di tempat-tempat yang mempunyai penduduk yang ramai.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat prihatin dan mahu supaya kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah harus di diberikan keadilan untuk mendapat liputan 5G supaya kita dapat berhubung dengan dunia luar.
"Ini penting terutamanya untuk anak sekolah sama ada mereka berada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah mahupun yang berada di peringkat pengajian tinggi, dan ini harus dilakukan dalam waktu yang terdekat," katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa Kementerian Digital akan melaksanakannya dengan segera.
Untuk sambutan Hari Gawai tahun ini beliau mendoakan supaya lebih banyak pembangunan dapat dibawa di Sarawak agar rakyatnya lebih makmur.
Bagaimanapun beliau berkata bagi mencapai harapan itu kestabilan politik, perpaduan dan keharmonian di antara kaum harus terus dipelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Sarawak
#luar bandar
#Hari Gawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan