awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM akan bentang strategi baharu, Keluarga Malaysia perlu bersedia masuki fasa endemik - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
02/09/2021
10:24 MYT
KKM akan bentang strategi baharu, Keluarga Malaysia perlu bersedia masuki fasa endemik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia agar bersedia untuk hidup bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik pada hujung Oktober depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia diseru agar bersedia untuk hidup bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik pada hujung Oktober ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, persediaan itu termasuk perubahan tingkah laku rakyat dalam norma baharu.
Bagi memastikan persediaan itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu yang bersesuaian.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semata-mata," kata beliau dalam kenyataan media pada Khamis.
Dalam pada itu, rakyat, kata Perdana Menteri, perlu sedar bahawa semua negara berdepan dengan situasi sama iaitu terpaksa hidup bersama COVID-19.
"Saya menyambut baik saranan mengenai usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) seperti yang diumumkan KKM pada 1 September 2021.
"Keluarga Malaysia perlu sedar, akhirnya kita terpaksa hidup bersama COVID-19 seperti yang berlaku di seluruh dunia," kata beliau lagi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu mengumumkan bahawa negara dijangka memasuki fasa endemik selepas mencapai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap dapat dicapai menjelang hujung bulan depan.
BACA: COVID-19: Malaysia masuk fasa endemik hujung Oktober - Khairy
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#Malaysia
#pandemik
#Perdana Menteri
#SOP
#PM
#suntikan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan