SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan program MADANI Afiat sebagai platform bagi menyebar maklumat asas pencegahan penyakit dan hebahan tentang program kesihatan kepada rakyat di Gombak pada 9 Julai ini.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata pemilihan tempat pelancaran di Selangor dibuat kerana negeri itu telah dijadikan contoh oleh KKM memandangkan kerajaan negeri berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan kepada rakyat di negeri ini.
"Banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor dan kita juga belajar daripada negeri ini, sebagai contoh Skim Perubatan MADANI ialah cetusan idea yang saya dapat daripada negeri ini yang saya rasakan sangat baik," katanya ketika sesi temu bual Bicara Khas, Program MADANI Afiat peringkat kebangsaan yang disiarkan oleh Selangor FM semalam.
Menurutnya, program MADANI Afiat akan mengandungi pengisian seperti pameran kesihatan, program galakan bagi orang awam untuk melaksanakan saringan kesihatan serta kempen pencegahan denggi.
"Kita mahu masyarakat mempunyai kesedaran untuk menjalani saringan kesihatan agar mereka dapat mengetahui lebih awal tentang penyakit yang mereka ada dan bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk," katanya.
Malah katanya, pihaknya akan membawa cadangan untuk mewajibkan setiap Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Selain itu, Dr Zaliha berkata MADANI Afiat juga akan menggerakkan pasukan jururawat yang akan membuat saringan serta memberi pendidikan kesihatan dari rumah ke rumah bagi mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.
"Dengan konsep 'whole of government, whole of society', penjagaan kesihatan tidak terbeban oleh KKM sahaja dan semua pihak mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan peranan masing-masing demi mewujudkan masyarakat yang sihat," katanya.
Beliau berkata KKM juga telah merangka siri jelajah ke negeri lain di seluruh negara bagi memanjangkan manfaat MADANI Afiat kepada semua rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Dr Zaliha berkata MADANI Afiat akan menggerakkan pasukan jururawat yang akan membuat saringan serta memberi pendidikan kesihatan dari rumah ke rumah. - Gambar fail/Bernama
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam Putrajaya dalam pertimbangan - Dr Zaliha
Cadangan pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam terutama jenis pangsapuri di Putrajaya sedang dalam pertimbangan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.
Karnival Deepavali pacu ekonomi tempatan, berpotensi jadi tarikan tahunan - Dr Zaliha
Acara itu juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang keunikan dan kepelbagaian budaya tempatan.
Kedai makan, medan selera 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan
Pasukan KL Strike Force mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew sebagai 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan.
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.