awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan

Bernama
Bernama
10/06/2024
21:00 MYT
KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
Dr Dzulkefly berkata, agenda reformasi itu antara lain menumpukan cara kreatif dan inovatif membelanjakan bajet tahunan yang diumumkan kerajaan. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan akan mengumumkan pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan bertujuan memperkukuh dan menambah baik sistem penjagaan kesihatan di negara ini, dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan akan mengumumkan pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan.
  • Pelan ini akan menambah baik kedudukan kewangan kementerian dengan cara kreatif dan inovatif untuk membelanjakan bajet tahunan.
  • Kementerian sedang mengoptimumkan penggunaan katil hospital dan memuji sektor swasta yang melengkapkan sistem penjagaan kesihatan awam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, agenda reformasi itu antara lain menumpukan cara kreatif dan inovatif membelanjakan bajet tahunan yang diumumkan kerajaan.
Beliau berkata, ini dapat menambah kedudukan kewangan kementerian bagi kebaikan sistem penjagaan kesihatan supaya tidak tergugat dengan status fiskal negara.
"Kita pada asasnya berasaskan sistem cukai dan (kementerian) menerima RM41.2 bilion (belanjawan) untuk tahun ini dan RM6.07 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Sebenarnya selama ini kita kekurangan dana, kekurangan petugas dan mempunyai beban kerja yang banyak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pakar Avisena, di sini, pada Isnin.
Menurutnya, sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana atas, Malaysia sepatutnya membelanjakan enam hingga tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk penjagaan kesihatan berbanding 5.1 peratus ketika ini.
Sehubungan itu, Dr Dzulkefly memuji usaha sektor swasta dalam melengkapkan sistem penjagaan kesihatan sektor awam sambil menggesa supaya mereka turut terlibat dalam penjagaan kesihatan berasaskan nilai.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, kementeriannya sedang berusaha mengoptimumkan penggunaan katil menerusi penawaran rawatan harian di hospital-hospital utama dan pendigitalan Unit Pengurusan Katil (BMU) secara berpusat melalui sistem Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) hospital.
Katanya, ia selaras dengan sasaran ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk meningkatkan nisbah dua katil untuk setiap 1,000 penduduk kepada 2.06. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
#sistem penjagaan kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan