KUALA LUMPUR: Seramai 27 orang kakitangan kesihatan tambahan telah dimobilisasi bagi memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, proses lantikan kakitangan kesihatan secara tetap dan kontrak juga telah dipercepatkan bagi membantu kkm menangani isu peningkatan kapasiti pesakit di fasiliti kesihatan HTAR.
Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Shafiq Abdullah, pihaknya juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM57.3 juta khusus bagi perolehan peralatan perubatan.
“Ia termasuk seperti ventilator, katil pesakit, infusion pump, blood glucose machine, patient monitor dan lain-lain keperluan penting melalui perolehan darurat.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9.25 juta telah diperuntukan khas kepada HTAR,” jelas Shafiq dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, sejumlah 23 unit ambulans daripada syarikat swasta turut disewa oleh KKM untuk tempoh sebulan.
Malah, selain mempertingkatkan kekerapan kerja-kerja pembersihan dalam masa sehari di HTAR, KKM turut menyediakan talian ‘help desk’ di Jabatan Kecemasan dan Trauma bagi membolehkan ahli keluarga mendapatkan maklumat terkini berhubung status kesihatan ahli keluarga yang terjejas akibat COVID-19.
Setakat 14 Ogos, kadar penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di HTAR adalah 154.73 peratus bersamaan 1,098 orang pesakit.
Kenyataan KKM itu sebagai maklum balas surat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengenai penambahbaik yang perlu dibuat oleh pihak HTAR.
Charles dalam surat bertarikh 11 Ogos kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba antara lain memohon tambahan doktor, jururawat dan pakar perubatan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.
Faris Danial Razi
Sat Aug 14 2021

KKM mengesahkan, proses lantikan kakitangan kesihatan secara tetap dan kontrak juga telah dipercepatkan bagi membantu kkm menangani isu peningkatan kapasiti pesakit di fasiliti kesihatan HTAR. - Gambar Google Map

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967298/thumbnails/32572378951652746951724_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan #AWANInews

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mei 2022.

PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M
Seperti orang lain, Tun M bimbang kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Vaksin COVID-19: Hampir 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,058,626 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

COVID-19: Lapan kematian baharu di Korea Utara, jumlah kini 50
Korea Utara melaporkan lapan kematian baharu akibat COVID-19 dan 392,920 kes baharu dengan simptom susulan penularan virus di negara itu.

COVID-19: Vietnam gugur syarat ujian untuk ketibaan pengembara asing
Langkah dibuat ketika mana jumlah kes COVID-19 di Vietnam menurun dengan ketara sejak 15 Mac lalu.

Wat Machimmaram jadi tumpuan sempena Hari Wesak
Wat Machimmaram di Kampung Jubakar yang menempatkan patung Buddha duduk menerima kunjungan orang ramai.