KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan satu mesyuarat pada pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pengumuman dengan mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan yang berakhir 30 Jun ini.
"Jadi, pada pertengahan Jun nanti kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini daripada situ," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di galeri jualan KLWC di Bukit Jalil, hari ini.
Beliau berkata pindaan terhadap SOP berkenaan termasuk membabitkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam.
"Kita perlu melihat sama ada trend kes (COVID-19) kerana ia sesuatu yang kita tidak boleh jangka, contohnya kita mungkin berdepan lonjakan kes ketika musim perayaan jadi kita perlu menguruskannya, dan selepas itu barulah kita putuskan," katanya.
Mengulas mengenai pelancaran KLWC, beliau berkata ia menandakan satu langkah berani ke arah mewujudkan masyarakat yang mampan dan inklusif dengan meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
"Inisiatif berwawasan ini mewakili komitmen untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik ke arah membina sebuah negara lebih sihat, yang mengiktiraf kesalinghubungan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial," katanya.
KLWC merupakan projek perbandaran khas pertama dibina di Asia Tenggara bagi memupukan gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion merangkumi lebih 10.72 hektar tanah.
Projek berkenaan menampilkan ekosistem lengkap untuk kesejahteraan dan kesihatan seperti The Nobel Healthcare Park, Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH), makmal inovasi, fasiliti penyelidikan klinikal dan pembangunan, menara pejabat penjagaan kesihatan, pusat peranginan pesara, hab penjagaan kesihatan dan taman berasaskan kecergasan.
Dr Zaliha turut mengulangi pendirian KKM untuk menyokong inisiatif dipacu oleh sektor swasta seperti KLIH dalam meningkatkan industri pelancongan kesihatan negara supaya dapat bersaing dengan negara pesaing seperti Thailand dan Singapura.
Pengarah Urusan KLWC Datuk Dr Colin Lee dalam kenyataan berkata projek berkenaan bertujuan menyokong rancangan rasional Malaysia untuk diiktiraf sebagai destinasi pelancongan perubatan.
"KLWC direka bentuk untuk menyediakan dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan sebagai nadi pembangunan, melalui visi hab kesihatan 360 darjah berpusat di sekitar perbandaran merangkumi semua aspek penjagaan perubatan, kesihatan, kesejahteraan, kecergasan dan perniagaan lengkap dengan kediaman, runcit dan komersial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Beliau berkata pindaan terhadap SOP berkenaan termasuk membabitkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam. - Gambar fail
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.

RMK12: Ekonomi dunia diunjur berkembang 3.1 peratus setahun
Ekonomi dunia diunjurkan berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2023 hingga 2025.

Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.