PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata sokongan dan kerjasama itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
"Kita (KKM) sudah kenal pasti 52 klinik kesihatan (di seluruh negara) yang memerlukan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat.
"(Kaedah) ini dapat bantu kurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023 di sini semalam.
Pada Sabtu, KKM dilapor mengumumkan pemanjangan waktu operasi selepas waktu waktu pejabat di 52 klinik kesihatan di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan.
Waktu operasi klinik di Lembah Klang dipanjangkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu, manakala di Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis ialah pukul 5 petang hingga 9.30 malam, dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.
Mengenai usaha KKM untuk meningkatkan bilangan pemindahan buah pinggang, beliau berkata KKM akan melaksanakan Pair Kidney Exchange Programme di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.
"Kita juga melaksanakan pelbagai program lain untuk menggalakkan lebih ramai penderma termasuk penderma organ yang telah meninggal dunia agar dapat membantu lebih ramai pesakit," katanya.
Berkongsi bilangan pesakit kronik buah pinggang di Malaysia, beliau berkata ia meningkat dari 9.7 peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Dr Zaliha bersama adik Izz Aqeeswa Iman, 7 tahun, ketika melawat pameran sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat Negeri Selangor 2023 di Putrajaya, 12 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.