awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kesan dua lagi varian UK B.1.1.7

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2021
11:46 MYT
KKM kesan dua lagi varian UK B.1.1.7
Menurut Dr Noor Hisham, analisis filogenetik menunjukkan kes keempat yang dijangkiti dengan varian UK B.1.1.7 mempunyai persamaan ketara dengan varian dari Poland. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua lagi varian UK B.1.1.7 dikesan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau memaklumkan, pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian itu ialah lima kes.
"Dua kes terbaharu iaitu kes keempat dan kelima adalah pengembara warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Poland pada April tahun lalu.
"Kedua-dua mereka didapati positif COVID-19 pada 30 Mac lalu dan sudah diberikan rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media harian COVID-19.
Menurut Dr Noor Hisham, analisis filogenetik menunjukkan kes keempat yang dijangkiti dengan varian UK B.1.1.7 mempunyai persamaan ketara dengan varian dari Poland dan mempunyai kebarangkalian tinggi bahawa kes tersebut mendapat jangkitan ketika berada di negara tersebut.
"Walau bagaimanapun, punca jangkitan bagi kes kelima pula tidak dapat ditentukan kerana analisis menunjukkan perbezaan bagi varian yang menjangkiti kes tersebut.
"Ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua kes ini mendapat jangkitan melalui sumber yang berlainan," katanya.
Beliau berkata, varian UK B.1.1.7 dan varian South African B.1.351 yang telah dikesan di Malaysia boleh menular dengan mudah dan cepat.
Topic Berkaitan
#varian baharu
#UK B 1 1 7
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#poland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan