Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa caj ubatan sebanyak RM400 dikenakan terhadap pesakit kanser di hospital kerajaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata caj RM400 bukan caj untuk sekotak ubat Tamoxifen atau ubat Letrozole sebagaimana yang disangkakan.
"Sebaliknya, ia adalah caj keseluruhan rawatan mengikut kitaran. Rawatan kepada pesakit tersebut merupakan rawatan berterusan di mana caj yang dikenakan adalah bagi setiap 4 minggu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Caj rawatan itu berdasarkan Garis Panduan Pengenaan Caj bagi Rawatan Anti-Neoplastik Berdasarkan bahagian 4, rawatan radioterapi dan Onkologi, Perintah Fi (perubatan) (pindaan) 2017 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM bertarikh 26 jan 2017.
Baru-baru ini dua isu telah dibangkitkan oleh The Star Online dan media sosial berkenaan caj rawatan kelas pertama bagi pesakit rujukan swasta bagi setiap kitaran rawatan kanser dan caj rawatan kelas ketiga bagi pesakit luar rujukan kerajaan bagi setiap kitaran anti-neoplastik/kanser.
The Star sebelum ini melaporkan bahawa pesakit kanser dimaklumkan untuk membayar RM400 untuk ubatan yang boleh dibeli dengan kos yang lebih murah di hospital swasta.
Manakala, pesakit kanser Zieyla Zaleha di laman sosial Facebook beliau berkata bayaran yang telah dikenakan untuk mendapatkan ubat Tamoxifen bagi 6 bulan atau 6 kitaran ialah RM300 di mana RM50 dibayar untuk satu kitaran.
Dr Chen berkata bayaran yang telah dikenakan terhadap Zieyla adalah Rawatan Radioterapi dan Onkologi di dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 iaitu kadar caj pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan onkologi serta perubatan nuklear di mana ia adalah berdasarkan caj pesakit luar iaitu sebanyak RM50 bagi setiap kali rawatan.
Dr Chen berkata bayaran keseluruhan yang dikenakan (termasuk perudingan, ubat dan kos tidak langsung) yang dikenakan kepada pesakit kanser di semua hospital kerajaan termasuk Institut Kanser Negara (IKN) adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos rawatan yang seumpamanya di hospital-hospital swasta.
"Di samping itu, KKM ingin menyatakan bahawa hasil yang dikutip pada tahun 2017 daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah sebanyak 2.64 peratus daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan.
Justeru, persepsi sesetengah pihak bahawa hospital kerajaan mengaut keuntungan dari pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya.
KKM menjelas secara terperinci bahawa caj bagi rawatan kanser atau onkologi yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 telah dikaji semula dan pengemaskinian seperti dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM pada bulan Februari 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 24 2018
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
KKM: Laporan portal akhbar caj pesakit kanser hospital kerajaan tinggi tak benar
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa caj ubatan sebanyak RM400 dikenakan terhadap pesakit kanser di hospital kerajaan.