awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/07/2022
08:05 MYT
KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy
Khairy berkata ia adalah susulan daripada permintaan yang lebih tinggi tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membekalkan sektor perubatan swasta negara dengan ubat-ubatan daripada simpanan persekutuan (stok penimbal) untuk menangani kekurangan yang berterusan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan, terutama bekalan ubat batuk dan selesema untuk kegunaan kanak-kanak.
"Stok penimbal kerajaan diuruskan oleh Pharmaniaga dan saya sudah mengarahkan semalam supaya didahulukan klinik dan hospital swasta yang memerlukan.
"Langkah ini sementara menunggu pengeluaran lebih stabil dari kilang ubat-ubatan dalam tempoh dua bulan lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Bengkel Transformasi Strategi dan Memperkasa Penjagaan Autisme di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata KKM telah bertemu dengan wakil Persatuan Perubatan Malaysia dan pelbagai persatuan farmaseutikal serta pengamal perubatan sektor swasta bagi menyelesaikan masalah kekurangan tersebut dan mengakui ia masih berterusan walaupun beberapa langkah telah diambil.
Sejak Jun lalu, bekalan ubat-ubatan mengalami penurunan namun permintaan pula meningkat.
Khairy berkata ia adalah susulan daripada permintaan yang lebih tinggi tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Jelas beliau, antara faktornya ialah kanak-kanak terkurung di rumah selama dua tahun akibat COVID-19, dan tidak mempunyai imuniti semula jadi terhadap virus.
Ini ditambah pula dengan rantaian bekalan ubat-ubatan global yang terjejas akibat COVID-19 di China dan perang di Ukraine.
Dalam pada itu, Khairy mengesahkan tiada laporan kes cacar monyet membabitkan jemaah Haji Malaysia.
Bagaimanapun, pihaknya menerima maklumat dari Singapura berkenaan tiga kes jangkitan tempatan cacar monyet.
"Namun dua kes baharu ini tidak mempunyai sejarah melawat Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#bekalan ubat
#KKM
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan