awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM lulus peruntukan RM6.5 juta untuk kerja-kerja naik taraf di HSNZ

Bernama
Bernama
09/03/2024
12:28 MYT
KKM lulus peruntukan RM6.5 juta untuk kerja-kerja naik taraf di HSNZ
KKM meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf blok-blok yang terlibat di HSNZ. - Gambar fail/FB HSNZ
KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf blok-blok yang terlibat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
KKM yang mengeluarkan kenyataan bersempena dengan lawatan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ke HSNZ hari ini memaklumkan peruntukan di bawah perolehan darurat itu adalah untuk menaik taraf blok-blok sedia ada di HSNZ.
"Beliau (Dzulkefly) telah membuat tinjauan ke beberapa lokasi projek yang sedang berjalan di hospital ini. Satu daripada lokasi berkenaan ialah Blok D yang mengalami masalah kebocoran bumbung serius.
"KKM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta di bawah perolehan darurat untuk menaik taraf blok-blok sedia ada di hospital ini dan Institut Latihan KKM bagi menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang beroperasi di Blok D yang terjejas dengan masalah kebocoran terbabit," menurut KKM.
Selain itu, Dzulkefly juga melawat Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA) di HSNZ bagi meninjau ruang yang boleh dinaik taraf untuk dijadikan Wad Obstetrik tambahan bagi mengatasi kesesakan di wad-wad sedia ada.
Projek naik taraf itu akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam permohonan projek KKM di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia ke-12.
Dalam pada itu, Dzulkefly juga telah meneliti keperluan-keperluan peralatan perubatan yang mendesak di HSNZ dan beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM380,000 bagi perolehan peralatan perubatan untuk Jabatan Pediatrik merangkumi pembelian inkubator, fluid management system dan vital sign monitoring.
"Beliau turut bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi pembelian mesin ultrabunyi untuk kegunaan Klinik Kesihatan Kuala Kemaman yang sangat mendesak," menurut KKM.
KKM juga memaklumkan dalam lawatan Dzulkefly hari ini, beliau telah diberikan taklimat berkaitan Pelan Pembangunan HSNZ melibatkan projek-projek baharu dan naik taraf yang sedang dilaksanakan serta projek-projek dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan panjang.
"Pelan Pembangunan yang strategik amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan hospital berkenaan yang merupakan hospital utama menjadi rujukan kepada hospital lain di Terengganu," menurut KKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#kerja naik taraf
#HSNZ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan