awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM mantapkan pemantauan kuarantin di rumah

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2021
11:50 MYT
KKM mantapkan pemantauan kuarantin di rumah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantapkan pemantauan kuarantin atau pengasingan diri di rumah ke atas pesakit yang berisiko rendah dan tidak bergejala. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantapkan pemantauan kuarantin atau pengasingan diri di rumah ke atas pesakit yang berisiko rendah dan tidak bergejala.
Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya juga akan melihat kesesuaian kediaman sebelum memutuskan pesakit dibenarkan menjalani proses pengasingan diri di rumah.
"Kita akan mantapkan pemantauan di rumah, yang positif kepada kesesuaian rumah tersebut. Kalau PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan (kediaman) yang tidak sesuai, walau risiko rendah dan tidak bergejala, kita nasihatkan pesakit itu pergi ke MAEPS.
"Kalau rumah itu sesuai, kita nasihatkan mereka duduk di rumah dan ada bilik air, amalkan penjarakan, menjauhi ahli keluarga, patuh SOP, cuci tangan dan amalkan penjarakan soaial, serta pastikan tidak ada pelawat," katanya dalam sidang media pada Selasa.
BACA: COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Ujarnya, jika tempoh kuarantin dan pengasingan diri di rumah dapat dilakukan dalam tempoh 10 hari, ia sekali gus akan dapat membantu KKM mengurangkan kesesakan di pusat-pusat kuarantin berisiko rendah dan MAEPS.
Ia berikutan, katanya, pada ketika ini, KKM sedia mempertimbang kes-kes yang tiada gejala dan tiada risiko diasingkan di rumah, namun perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Mereka yang menjalani kuarantin di rumah, kita syorkan mereka untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan kita akan dapat mengesan dan pantau kes terutama kes berisiko rendah dan tiada gejala.
"Namun yang tiada gejala namun ada risiko, kita akan masukkan ke MAEPS. Kita akan jalankan penilaian risiko dan CAC akan bantu beri nasihat dan lakukan pemantauan rumah," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#SOP
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Malaysia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan