awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM pantau penyakit bawaan air pascabanjir - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
05/03/2023
03:13 MYT
KKM pantau penyakit bawaan air pascabanjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan, kata menterinya, Dr Zaliha Mustafa. - Gambar fail
MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, dua penyakit tersebut sering berlaku terutama selepas banjir melanda sesuatu kawasan.
"Kita juga akan menggerakkan pasukan lain (pasukan kesihatan) untuk aktiviti pembersihan terutama di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terjejas dengan bencana tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 bertemakan Invest in Nursing: Then, Now and What's to Come di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengerusi NPG Prof Zahrah Saad dan Pengarah Kejururawatan KKM SM Devi.
Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata KKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika berlaku banjir terutama dalam menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata antara perkara dilakukan termasuklah melaksanakan aktiviti semburan untuk mengelak penyakit berjangkit selain membuka klinik bergerak sebagai rawatan segera kepada mangsa banjir yang sakit.
Katanya, KKM juga masih melakukan saringan COVID-19 kepada mangsa banjir yang berpindah ke PPS.
Keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.
Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#penyakit bawaan air
#Kementerian Kesihatan
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan