awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM perlu segera laksana audit terhadap kit ujian COVID-19 - MMA

Bernama
Bernama
18/05/2021
12:47 MYT
KKM perlu segera laksana audit terhadap kit ujian COVID-19 - MMA
MMA menerima aduan daripada beberapa pengamal perubatan bahawa terdapat sesetengah kit ujian RTK Antigen yang digunakan untuk saringan COVID-19 gagal mengesan kes positif. - Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan audit segera dan berkala terhadap kualiti kit ujian pantas (RTK) Antigen untuk mengesan jangkitan COVID-19 yang berada di pasaran.
Presidennya, Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata terdapat kira-kira 17 kit ujian RTK Antigen yang diluluskan oleh Lembaga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) tetapi tidak semuanya berkualiti.
Beliau berkata MMA menerima aduan daripada beberapa pengamal perubatan bahawa terdapat sesetengah kit ujian RTK Antigen yang digunakan untuk saringan COVID-19 gagal mengesan kes positif.
"Kami amat bimbang kerana negatif palsu dalam keputusan ujian boleh membawa kepada penularan COVID-19 dalam komuniti. Kualiti kit RTK Antigen adalah penting untuk pengamal perubatan mengambil kes-kes positif.
"Satu lagi yang menjadi kebimbangan dalam kalangan pengamal ialah keberkesanan kit ujian RTK Antigen dalam mengesan varian baharu, oleh itu kemas kini mengenai keberkesanannya sangat diperlukan kerana ada laporan mengenai varian baharu di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
MMA juga mencadangkan bahawa perlu ada platform dalam talian yang lebih baik untuk pengamal perubatan mengemukakan aduan atau sebarang masalah yang dihadapi ketika menggunakan kit ujian itu.
Selain itu, MMA turut memberi perhatian terhadap kurangnya ketelusan dalam proses kelulusan kit ujian air liur dan berharap tiada orang tengah yang mengambil kesempatan dalam situasi COVID-19 ketika ini menerusi pengkomersialan kit ujian atau monopoli pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MMA
#KKM
#ujian segera
#kit ujian pantas COVID-19
#kit ujian
#RTK Antigen
#Dr Subramaniam Muniandy
#kegagalan
#tidak berkualiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan