awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedia beri vaksin kepada 30,000 hingga 50,000 bakal jemaah haji - Dr Adham

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/03/2021
09:43 MYT
KKM sedia beri vaksin kepada 30,000 hingga 50,000 bakal jemaah haji - Dr Adham
Dr Adham berkata, jemaah haji Malaysia akan diberikan vaksin sama ada Pfizer-BioNTech atau Sinovac, dan kemungkinan AstraZeneca sekiranya ia sampai ke Malaysia lebih awal. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada semua jemaah haji Malaysia sekiranya ibadah itu dibenarkan tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagaimanapun buat masa ini kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.
"Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terlibat adalah antara 30,000 hingga 50,000. Ini mudah dilaksanakan oleh KKM," katanya dalam sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengenai program imunisasi itu, di sini, pada Isnin.
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah sebelum ini dilaporkan berkata, vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa yang mahu menunaikan ibadah haji dan akan menjadi satu daripada syarat utama haji.
Sementara itu, Dr Adham berkata, jemaah haji Malaysia akan diberikan vaksin sama ada Pfizer-BioNTech atau Sinovac, dan kemungkinan AstraZeneca sekiranya ia sampai ke Malaysia lebih awal.
"Kumpulan pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini.
"Pemberian vaksin jenis Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada jemaah haji bermula Mei ini kerana ia memerlukan dua dos sebelum mereka memulakan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada pertengahan Jun," katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan