awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR

Bernama
Bernama
29/04/2022
07:14 MYT
KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR
Dr Sha'ari berkata setakat ini waris mendiang belum bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak HTAR. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghubungi waris pesakit wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tahun lepas bagi memaklumkan hasil siasatan susulan aduan dibuat keluarga mendiang.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata pesakit berusia 69 tahun itu mempunyai pelbagai penyakit komorbid telah mendapatkan rawatan di HTAR pada 25 Okt 2021 dengan diagnosis COVID-19 Kategori 4.
"Bagaimanapun pesakit itu mengalami komplikasi susulan jangkitan COVID-19 dan meninggal dunia pada 28 Nov 2021. KKM bersimpati dengan pemergian mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata waris mendiang telah mengemukakan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam pada 13 Jan lepas dan pihak HTAR menyambut baik aduan tersebut serta menjalankan siasatan di pelbagai peringkat berdasarkan garis panduan sedia ada di KKM.
Bagaimanapun, Dr Sha'ari berkata setakat ini waris mendiang belum bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak HTAR.
Katanya, waris mendiang boleh menghubungi pihak HTAR, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atau Bahagian Amalan Perubatan KKM sekiranya memerlukan maklumat lanjut berhubung proses pengurusan aduan berkenaan.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi surat kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bertarikh 26 April memohon siasatan dan maklum balas laporan mengenai kes kematian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#wanita meninggal dunia
#COVID-19
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#HTAR
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan