ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani seperti yang ditularkan di media sosial, Khamis lalu.
HSAH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian pada Khamis dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus, mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
"KKM mengambil maklum sebaran tular di media sosial pada Khamis lalu, berkenaan seorang pesakit yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAH, sehingga menyebabkan pesakit meninggal dunia.
"Perkara ini dianggap serius dan siasatan akan dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut, benar ataupun tidak. Hasil siasatan hanya akan dimaklumkan kepada waris pesakit bagi mengawal kerahsiaan maklumat," katanya.
Dalam kenyataan itu, HSAH turut memaklumkan pihak KKM juga tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapat rawatan di fasiliti itu.
"KKM ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan amat kesal dengan kejadian berkenaan. Menjadi keutamaan KKM untuk sentiasa memastikan keselamatan pesakit dan perkhidmatan pelanggan diberikan mengikut standard yang ditetapkan, tanpa mengabaikan hak pelanggan," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran bertajuk 'sakit jantung tapi bagi ubat gastrik, 5 jam kemudian beliau meninggal dunia!!', di mana dikatakan seorang pesakit berusia 51 tahun telah dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah malam setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada.
Menurut hantaran itu, penolong pegawai perubatan hospital berkenaan yang melakukan pemeriksaan di wad kecemasan, didakwa memaklumkan pesakit tersebut mengalami gastrik dan diminta menunggu giliran untuk pemeriksaan lanjut, bagaimanapun sehingga pukul 4.30 pagi, pesakit itu masih tidak dirawat.
Pada pukul 6 pagi, keadaan pesakit tersebut dikatakan tenat dan telah dibawa ke Zon Merah wad kecemasan itu, sebelum meninggal dunia pada pukul 6.31 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian pada Khamis dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus. - Gambar hiasan
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong belian semasa harga murah
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Astrazeneca: KKM akan dapatkan penjelasan kesan sampingan vaksin
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.