awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2024
09:50 MYT
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
Dr Dzulkefly berkata, mesyuarat jawatankuasa itu juga telah bersidang pada 9 Februari lalu bagi meneliti perkara tersebut. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas (JKPB) bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia dan seorang lagi mati otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mesyuarat jawatankuasa itu juga telah bersidang pada 9 Februari lalu bagi meneliti perkara tersebut.
"Pengendalian mesyuarat JKPB ini melibatkan penelitian terhadap dokumentasi pada rekod perubatan pesakit (RPP), prosedur operasi standard (SOP), garis panduan sedia ada dan temu ramah setiap anggota kesihatan yang terlibat dalam perawatan pesakit.
"Pihak hospital (juga) akan berjumpa dengan waris pesakit dan memaklumkan hasil siasatan," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Khamis.
Dr Dzulkefly menjawab pertanyaan soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanyakan mengenai dakwaan satu laporan seorang pesakit meninggal dunia dan seorang lagi mati otak di HKL berpunca kerosakan mesin ventilator.
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan mengenai insiden menimpa kedua-dua pesakit berkenaan ketika menjalani rawatan di salah sebuah hospital.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan fakta kes, pesakit telah didaftarkan masuk ke wad HKL pada 9 Januari 2024 dan diagnosis mengalami alleged ingestion of foreign body dan telah menjalani pembedahan pada 10 Januari dan disahkan meninggal dunia pada 20 Januari.
"Seorang lagi pesakit telah didaftarkan masuk ke wad hospital sama pada 25 Januari. Pesakit telah diagnosis mengalami septic shock secondary to left lower limb necrotising fasciitis. Pesakit telah disahkan meninggal dunia pada 26 Januari lalu," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KKM
#Dzulkefly Ahmad
#HKL
#kegagalan mesin ventilator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan