Skip to main content

Malaysia

KKM, SPR bincang protokol pengundian individu positif COVID-19

71647840995_KhairyJamaluddinK.jpg
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melaksanakan protokol pengundian yang membolehkan individu positif COVID-19 mengundi semasa pilihan raya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana semua pihak perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 akan kekal selama-lamanya dan hak untuk mengundi tidak boleh dinafikan.

โ€œSaya sudah cakap dengan pegawai saya bahawa COVID-19 akan berada bersama kita.

โ€œKalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, kita menafikan hak untuk berperlembagaan. Jadi kita sedang memikirkan apa cara selamat bagi membolehkan mereka mengundi dan di mana,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) dan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) pada Isnin.

Advertisement

Must Watch Video