awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly

Bernama
Bernama
14/01/2025
12:37 MYT
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto BERNAMA
BANGI: Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata semua akta dan peraturan berkaitan termasuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan terus dikuatkuasakan seperti yang telah ditetapkan.
"Pastinya tidak (menarik balik larangan tersebut). Semua akta dan peraturan berkaitan akan terus dikuatkuasakan.
"Kita telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan terlebih dahulu. Mulai 1 April, beberapa peraturan tambahan akan dilaksanakan secara lebih tegas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan dengan Nilai-Nilai Syariah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media mengenai peguam Mohamed Haniff Khatri, yang sebelum ini gagal mencabar larangan tersebut, sekali lagi memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan itu.
DZULKEFLY- MEROKOK 2 (AKHIR) BANGI
Dzulkefly berkata kementerian bersedia untuk menghadapi cabaran undang-undang yang dikemukakan Mohamed Haniff.
"Beliau berhak untuk mengambil langkah undang-undang dan semakan kehakiman ini. Namun proses perundangan perlu dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata larangan merokok di pejabat merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi kesihatan awam sambil menegaskan bahawa peraturan itu telah dirancang dengan rapi bagi memastikan persekitaran kerja bebas asap rokok demi kesejahteraan rakyat.
Sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok termasuk premis dobi dan bangunan tempat kerja yang dimasukkan dalam senarai kawasan larangan di bawah Akta 852 pada 1 Oktober lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#larangan merokok di pejabat
#tidak tarik balik
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan