awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM tidak kenakan syarat dos penggalak dibenarkan ke pasar malam - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
05/03/2022
05:11 MYT
KKM tidak kenakan syarat dos penggalak dibenarkan ke pasar malam - Khairy
Menurut Menteri Kesihatan, KKM hanya menasihati pihak berkuasa tempatan (PBT) dan segala keputusan melaksanakan sebarang SOP di bawah bidang kuasa PBT. - Gambar fail
PETALING JAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memberi sebarang cadangan atau syarat bahawa penerima dos penggalak sahaja dibenarkan ke pasar malam.
Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin, sebaliknya KKM hanya menasihati pihak berkuasa tempatan (PBT) dan segala keputusan melaksanakan sebarang SOP di bawah bidang kuasa PBT.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak keluarkan apa-apa arahan dan syarat untuk pihak berkuasa tempatan menggunakan dos penggalak. Ini semua di bawah bidang kuasa pihak berkenaan.
"Pasar malam adalah di bawah PBT, masjid pula di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan bukan di bawah KKM. KKM kita bagi nasihat, tapi tidak ada lah sampai pergi pasar memerlukan dos penggalak.
"Itu keputusan mesti ditanya kepada PBT mengapa dia buat keputusan begitu," jelasnya ketika diminta mengulas isu berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan ke-16 Dialisis 2022 anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kes harian jelas Khairy, lebih penting ketika ini apabila kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak terbeban.
"Bila dahulu kemuncak gelombang varian Delta, sistem kesihatan awam hampir lumpuh dengan tidak cukup katil, alat bantuan pernafasan dan sebagainya.
"Sekarang terkawal, ini saya melihat angka harian, tapi lebih penting kapasiti ICU, pesakit yang pulih di rumah, berapa ramai tidak perlu datang ke CAC, PKRC atau hospital.
"96 peratus aktif kes dapat isolasi dan sembuh di rumah, tidak melebihi kategori 2. Ini menunjukkan kita boleh mula hidup dengan COVID-19, apa kita perlu buat strategi memastikan kita dapat melindungi golongan berisiko tinggi," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#pasar malam
#dos penggalak
#pbt
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan