PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga kini telah mempertingkat pengawasan dan advokasi mengenai cacar monyet, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, langkah itu diambil susulan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kejadian kes cacar monyet di negara yang bukan endemik penyakit tersebut, sejak awal bulan Mei 2022.
Antara langkah yang akan diambil, jelasnya lagi, memastikan fasiliti kesihatan Kerajaan dan swasta menotifikasi kes disyaki dan disahkan cacar monyet dengan segera, bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan dapat diambil, termasuk mengenal pasti kontak rapat kes.
Khairy berkata, KKM akan mewujudkan pengawasan sentinel di beberapa buah klinik swasta dan kerajaan bagi memantau kejadian penyakit ruam / lesi kulit, serta mempertingkatkan kapasiti makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan virus cacar monyet.
Selain itu, tambahnya lagi, KKM akan mempertingkatkan pengawasan di pintu masuk antarabangsa dengan kerjasama agensi dan jabatan berkaitan, termasuk Malaysian Airlines Holdings Bhd.
Dalam pada itu beliau berkata, berikutan pengumuman Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) yang dibuat oleh WHO, KKM mengingatkan kepada semua fasiliti kesihatan agar peka dengan situasi semasa berkaitan penyakit itu serta meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko.
Sehingga 23 Julai 2022, Khairy berkata, sebanyak sembilan (9) kes disyaki cacar monyet telah dinotifikasi kepada KKM dan semua kes telah disahkan negatif.
“Sejak 1 Mei 2022 sehingga 23 Julai 2022, seramai 531,630 pengembara yang direkodkan tiba dari negara yang melaporkan kes cacar monyet dan aplikasi MySejahtera telah mengeluarkan Health Alert Monkeypox kepada pengembara-pengembara ini.
“KKM menyeru individu yang mempunyai gejala cacar monyet untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan,” katanya lagi.
Khairy berkata, pengembara bukan warganegara hendaklah mengisi pas kembara (travellers’ card) dalam aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata, pengembara yang tiba dari negara-negara melaporkan acar monyet akan menerima notifikasi pop-up mesej kesihatan setiap hari melalui MySejahtera untuk mengingatkan mereka agar memantau gejala jangkitan dan status kesihatan.
“Pengembara-pengembara yang tiba dari negara-negara terbabit, dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan cacar monyet untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Jul 25 2022
Khairy berkata, KKM akan mempertingkat pengawasan di pintu masuk antarabangsa dengan kerjasama agensi berkaitan, termasuk MAHB. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kanada sahkan 1,168 kes cacar monyet, 30 kes dimasukkan ke hospital
Lebih 105,000 dos vaksin Imvamune sudah dihantar ke wilayah terbabit dengan lebih 59,000 orang telah menerima suntikan dos pertama pada 14 Ogos lalu.
Sudan catat kes cacar monyet pertama
Pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara.
KKM tingkatkan pengawasan, advokasi mengenai penyakit cacar monyet - Khairy
Khairy berkata, KKM akan mempertingkat pengawasan di pintu masuk antarabangsa dengan kerjasama agensi dan jabatan berkaitan, termasuk MAHB.
Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.
Tiada kes cacar monyet dikesan dalam negara - KJ
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kesemua kes membabitkan dua lelaki dan tiga perempuan adalah didapati negatif virus cacar monyet.
643 kes cacar monyet dikesan di 26 negara setakat ini - WHO
Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan WHO Maria Van Kerkhove.
Tiga bandar di AS umum kes pertama disyaki cacar monyet
Bandar Los Angeles, Chicago dan Philadelphia telah merekodkan kes pertama disyaki cacar monyet.
WHO beri amaran wabak cacar monyet mungkin tidak dapat dibendung
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak yakin penularan virus cacar monyet dapat dibendung sepenuhnya pada ketika ini, kata Pengarah WHO untuk wilayah Eropah, Hans Kluge pada Selasa.
'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy
'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia rendah - Dr Noor Hisham
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu.