Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut membantu pihak polis dalam menyempurnakan siasatan terhadap kandungan video berunsur lucah dengan melakukan forensik melibatkan kanak-kanak di bawah umur dengan melakukan forensik, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata pihaknya termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga memainkan peranan dengan memeriksa rakaman tersebut bagi menyempurnakan siasatan sebelum pesalah dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya percaya kes tersebut telah disiasat oleh pihak polis manakala tugas kami adalah membantu memeriksa dan melakukan forensik ke atas rakaman itu.

"Bagi penyebaran video ini di laman sosial sudah tentu pihak kita akan segera mungkin bertindak menghentikan penyebaran video itu menjadi daripada terus menjadi tular," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Pintar Harapan@KPLB 2019 di sini, hari ini.

Pada 9 Julai lepas, polis menahan seorang warga emas yang dipercayai terlibat dalam perbuatan kelucahan melampau ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, seperti yang tular dalam sebuah video di Whatsapp dan Facebook.

Lelaki warga emas itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berkenaan termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.

- Bernama