awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM bantu syarikat produksi banyakkan filem dan drama - Saifuddin

Bernama
Bernama
20/06/2020
23:28 MYT
KKMM bantu syarikat produksi banyakkan filem dan drama - Saifuddin
Saifuddin menyampaikan sumbangan kepada Abu Bakar semasa program Ziarah Kasih di kediaman artis tersebut di Kuala Lumpur, 20 Jun, 2020. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. --fotoBERNAMA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menumpukan pada usaha membantu syarikat produksi menghasilkan lebih banyak filem dan drama dalam tempoh enam bulan akan datang, menerusi pinjaman mudah berjumlah RM100 juta di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata kementerian menyedari ramai pemain industri perfileman dan seni terkesan kerana tidak dapat beroperasi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
"Sehubungan itu, dalam masa enam bulan ini kita akan gunakan dana yang disediakan melalui PENJANA ini serta mana-mana dana yang ada dengan sebaiknya, kerana kita faham tiga bulan lepas tiada penggambaran dijalankan.
"Ada syarikat produksi kecil yang sebelum ini tiga bulan tiada kerja dan apabila mahu mula penggambaran semula, mereka tidak dapat melakukannya kerana tiada dana... sebab itu pinjaman ini disediakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi pelakon veteran Abu Bakar Juah, 72, yang menghidap kanser hati di kediaman pelakon itu di Alam Damai, Cheras di sini semalam, bersempena Program Ziarah Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Abu Bakar yang menghidap kanser hati menerima kunjungan Saifuddin di rumahnya di Alam Damai, Cheras, 20 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Abu Bakar yang menghidap kanser hati menerima kunjungan Saifuddin di rumahnya di Alam Damai, Cheras, 20 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Pada lawatan itu, Saifuddin turut menyampaikan sumbangan kepada Abu Bakar yang pernah menjawat jawatan Pengarah Penjara di Penjara Taiping sebelum bersara pada 2005.
Sementara itu, Saifuddin berkata kebenaran untuk industri perfileman beroperasi semula bukan hanya memanfaatkan pemain industri tersebut tetapi turut membawa impak besar kepada ekonomi secara keseluruhannya.
"Yang lain juga akan mendapat manfaat, bila ada penggambaran, ada keperluan untuk perkhidmatan makanan dan pengangkutan. Produksi filem dan drama ini memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang secara langsung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Juah
#dana
#drama
#filem
#FINAS
#jana semula ekonomi
#Kanser hati
#pengarah penjara
#Penggambaran
#PENJANA
#pinjaman mudah
#PKP
#PKPB
#Program Ziarah Kasih
#Saifuddin Abdullah
#syarikat produksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan