MELAKA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memperhalusi cadangan mewujudkan 'dedicated channel' atau saluran khas untuk pilihan raya umum sebagai usaha menambah baik penyaluran maklumat kepada rakyat.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata mengambil contoh saluran khas untuk sukan Olimpik, saluran itu boleh diwujudkan bagi memberi ruang yang adil kepada semua parti politik bertanding.
"Ia sesuatu yang menarik yang boleh kita wujudkan, mungkin untuk PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak tidak begitu sesuai, tetapi untuk PRU (Pilihan Raya Umum) ia boleh difikirkan.
"Ia antara opsyen yang belum pernah diadakan, tetapi tidak mustahil jika suasana mengizinkan. Teknologi mengizinkan kita berbuat demikian, kosnya juga tidak begitu tinggi," katanya ketika singgah di Bilik Operasi PRN Melaka Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain, Ketua Pengarang Abdul Rahman Ahmad dan Editor Eksekutif Harlina Samson.
Annuar berkata dengan adanya ‘dedicated channel’ ini segala kempen yang berlaku di kawasan pendalaman terutamanya yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang awam juga boleh dipaparkan.
Katanya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, saluran tersebut boleh mula menyiarkan siaran termasuk maklumat yang mendidik orang ramai.
“Ia juga tidak ganggu masa siaran yang lain, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) boleh memantau apa yang berlaku di lapangan, sebenarnya ‘dedicated channel’ agak menarik, kita fikirkan nanti,” katanya.
Annuar berkata pada PRN kali ini KKMM telah memulakan kaedah baharu dengan memberi ruang kepada calon untuk menggunakan saluran radio dan televisyen (RTM) bagi menyalurkan maklumat mengenai diri dan aspirasi mereka kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk mengawal pandemik COVID-19.
Terdahulu, RTM telah menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka dan siaran audio melalui radio MelakaFM mulai 13 Nov lepas.
Dalam pada itu, Annuar berkata SOP ketat yang digariskan juga mencambah kreativiti jentera yang membantu calon pada PRN Melaka kali ini.
Katanya, sepanjang kempen berjalan, pelbagai pihak telah mewujudkan saluran kempen sendiri secara maya melalui media sosial masing-masing termasuk menyediakan studio bagi menyampaikan maklumat mengenai calon dan mengemas kini aktiviti kempen mereka.
Bagaimanapun, kata Annuar keterujaan untuk berkongsi dan menjadi penyebar maklumat terawal menyebabkan berlaku perkongsian kesilapan fakta terutama dalam menyiarkan keputusan tidak rasmi pilihan raya.
Justeru sambil menyatakan rasa kagum terhadap sistem penyampaian maklumat di Bilik Operasi Bernama, Annuar berkata sebagai agensi berita negara, Bernama perlu mengekalkan kredibilitinya.
“Jangan salah lapor, sementara nak cepat (sampaikan berita) kena ada SOP yang perlu diikuti, jangan terbawa-bawa nak bersaing dengan orang lain, tambahan pula Bernama adalah punca (berita), orang (agensi media) lain akan ambil, jadi tahap integriti kena berada di tahap yang tinggi,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Annuar mengadakan sidang media selepas melawat bilik operasi Bernama sempena PRN Melaka, di Melaka, hari ini. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
KKMM memperhalusi cadangan wujud 'dedicated channel' untuk pilihan raya - Annuar Musa
Saluran itu boleh diwujudkan bagi memberi ruang yang adil kepada semua parti politik bertanding.