awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM siasat ciapan 'tidak senonoh' di Twitter MCMC

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2021
10:08 MYT
KKMM siasat ciapan 'tidak senonoh' di Twitter MCMC
Pada Selasa, akaun Twitter agensi tersebut (@SKMM_MCMC) digantung buat sementara selepas didakwa diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR:Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas ciapan “tidak senonoh” yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam satu kenyataan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan beliau memandang serius terhadap isu tersebut yang menular di media sosial pada Selasa.
“Sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di MCMC ataupun tidak.
“Kami di KKMM tidak akan berkompromi serta akan bertindak secara telus dalam menangani isu ini,” kata Saifuddin dalam kenyataannya pada Rabu.
Pada Selasa, akaun Twitter agensi tersebut (@SKMM_MCMC) digantung buat sementara selepas didakwa diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Orang ramai dinasihati agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan,” menurut kenyataan Jabatan Komunikasi dan Korporat MCMC semalam (Selasa).
Sebelum ini, seorang individu di Twitter mendakwa telah menjual akaun lamanya kepada seseorang individu lain, sebelum digunakan oleh MCMC sebagai akaun rasmi.
Spekulasi tercetus selepas beberapa ciapan daripada akaun rasmi MCMC dari 2014 menular di platform media sosial tersebut.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#SKMM
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#Twitter
#Twitter MCMC
#KKMM
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan